13 Februari 2011

BERKELAH DI PULAU PINANG... PART 5

Catatan Ayah

Khamis / 3 Februari 2011

Ok.. tol dah bayar.. jom kita menyeberang ke sebelah pulau...

Jom kita layan gambiran di atas Jambatan Pulau Pinang...



Di penghujung jambatan.. aku memilih untuk ke Pantai Seagate.. lalu aku ambil selekoh sebelah kiri...

Pulau Jerejak.. yang dulunya Pusat Tahanan Banduan.. kini menjadi pusat rekreasi...


Dan akhirnya.. dalam pukul 2.10 petang.. kami sampai ke destinasi.. untuk makan nasi.. lapar dah sebenarnya ni.. setelah menempuh jarak sejauh 168km.. dan memandu selama 3 jam...


Kami berhenti di kawasan Pantai Seagate...


Apalagi.. tikar dihampar.. makanan yang dibawa dari rumah dihidangkan.. antara menunya nasi seperiuk, ikan haruan goreng, ikan nyok-nyok masak kicap, pajeri nenas, sayur campur goreng dan dessert.. tapai dan pisang emas...


Jadi.. jom jemput makan... sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa...



Nah.. sekali sekala ubah tempat makan.. dan suasana yang berlainan dari kebiasaan.. habis nasi dimakan.. dan terasa sedapnya.. walaupun hanya berlaukkan biasa saja...


Makan dah.. jom kita rilek sambil layan suasana sekeliling...




Bila dah kenyang ni.. mata mulalah rasa berat.. 

Aku nak rest sat sambil lelapkan mata barang sekejap.. nanti aku sambung lagi ceritera aku nih..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

10 Rabiul Awal 1432 / 13 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...