12 Februari 2011

BERKELAH DI PULAU PINANG... PART 4

Catatan Ayah

Khamis / 3 Februari 2011

Aku selalu berpesan kepada anak-anak aku.. supaya belajar bersungguh-sungguh dan tekun.. supaya dengan izin-Nya.. mudah-mudahan mendapat peluang untuk sambung belajar di MRSM.. kerana apa yang aku nampak.. MRSM sahajalah sebuah institusi yang dapat meninggikan tahap pelajaran anak-anak melayu.. (sekadar pendapat peribadi aku...)


Apa yang aku dok merapu merapan nih.. ;-P

Ok.. berbalik kepada perjalanan aku sekeluarga untuk berkelah di Pulau Pinang.. kami melalui jalan pintas dari Merbok menuju ke Sungai Petani.. dan melintasi MRSM Merbok.. bangga aku melihat MRSM.. iaitu salah sebuah sekolah yang diuruskan oleh pihak MARA.. yang berjaya melahirkan cerdik-pandai Melayu...


Jalan luas dan lurus.. syurga bagi kaki pecut sama ada kereta atau motorsikal.. tapi aku tak lah pecut pun.. sebab bawa famili.. lagi pun perjalanan kami santai jer.. bukan nak cepat.. santai sambil menikmati keindahan sekeliling.. kalau nak laju dan cepat.. baik naik lebuhraya dari Alor Star tadi.. terus ke Jambatan Pulau Pinang... ;-)


Akhirnya.. kami sampai Semeling.. kat sini kami kena melalui Jambatan Semeling yang merentasi Sungai Merbok.. agak banyak juga kenderaan waktu ni..

Nikmatilah keindahan Sungai Merbok...


Kat sini juga terdapat Kompleks Jeti Sungai Merbok.. juga terdapat kedai makan sea food.. dan suatu ketika dulu.. kat jeti ni ada perkhidmatan feri ke Langkawi.. tapi sekarang ni dah tak dak dah perkhidmatan feri tu.. mungkin kerana tiada permintaan.. sebab orang ramai lebih suka ke Langkawi melalui jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis..


Ok.. kita tinggalkan Jeti Sungai Merbok.. sebab jauh lagi perjalanan menuju ke Pulau Pinang... tapi sambil-sambil bawa kereta ni.. syok juga sambil-sambil makan bekal cucoq.. yang disediakan oleh wifey...


Sambil bawa kereta.. sambil makan.. tak sedar dah sampai Bakar Arang.. terus tuju ke arah Tikam Batu.. kat Tikam Batu ni.. boleh ke Pantai Merdeka.. antara tempat rekreasi yang popular di Kedah.. tapi pada pendapat aku.. sekarang ni Pantai Merdeka dah tak macam dulu... nampak macam sesak sikit sekarang ni...


Kenderaan agak banyak kat sini..


Dan 2 orang "mat saleh" dan "minah saleh" ni dah sampai sini berbasikal.. mungkin mengelilingi dunia menunggang basikal.. kelmarin aku berselisih dengan mereka di Jerlun.. semasa aku on the way ke Public Mutual untuk uruskan pelaburan EPF customer aku... aku respect depa punya semangat.. berani mencuba demi mendapatkan pengalaman yang tak mungkin boleh dibeli.. dan aku juga mempunyai cita-cita.. InsyaAllah.. aku akan buat solo ride mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan jalan persekutuan hujung tahun ni... jika diizinkan Allah Taala...


"Mat saleh" ni kami tinggalkan.. dan mula memasuki Jambatan Merdeka.. jambatan yang menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.. jambatan yang kami lalui ni adalah jambatan yang baru dibina.. dan jambatan asalnya adalah yang berada di sebelah kanan kami...


Dan di mana-mana sahaja.. Ops sikap...


Kini.. kami berada di kawasan Seberang Prai...


Terus menyusuri hingga sampai Kepala Batas... kami melalui pekan Kepala Batas.. dalam menuju ke Sungai Dua..


Rugged juga kereta.. yang nampak kat tepi jalan...


Apabila melalui jalan kampung ni.. aku akan teringatkan Allahyarham Munir.. rakan aku semasa di UTM dulu.. dan antara rakan-rakan karib di rumah sewa dulu kat KL... Allahyarham telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu akibat dilanggar van kilang ketika hendak pergi kerja.. masa tu Allahyarham naik motor... tapi sekarang ni.. aku dah tak cam lagi lokasi rumah Allahyarham kat mana dalam kampung ni.. dan teringat aku di mana Allahyarham naik motor bersama-sama dengan aku semasa kami pulang dari KL ke sini.. naik RXS ketika tu...


Bukan setakat Alor Star ada Alor Merah.. kat sini pun ada Alor Merah... selisih pulak dengan spesis yang sama.. cuma berlainan warna jer... ;-)


Dari sini.. kami terus ikut lebuhraya untuk ke Jambatan Pulau Pinang.. memang plan aku sebelah pergi ni naik Jambatan Pulau Pinang.. dan semasa balik nanti naik feri pulak...


Kenderaan agak banyak atas lebuhraya sama ada menghala ke utara mahu pun selatan...


Semakin menghampiri Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang...



Apa-apa hal.. kena bayar tol dulu.. sebelum seberang.. 

Ok.. aku bayar tol dulu... lepas tu nanti aku sambung ceritera aku nih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

9 Rabiul Awal 1432 / 12 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...