12 Februari 2011

BERKELAH DI PULAU PINANG... PART 3

Catatan Ayah

Khamis / 3 Februari 2011

Hari ni.. aku sambung lagi ceritera perihal sesi berkelah aku yang tertangguh.. sebab kelmarin rasa letih sikit...


Selepas Pekan Yan.. terus ke hadapan.. kita akan berjumpa dengan simpang ke kiri iaitu ke Bt. Hampar.. Batu Hampar adalah salah satu kawasan rekreasi air terjun.. dan ramai orang kata.. seronok pi sana.. cuma aku jer yang belum ke sana lagi.. jadi tak dapat lah aku nak bagi review.. nanti kalau aku dah ke sana.. aku akan review sikit...


Ke depan sikit dari Batu Hampar.. simpang ke kanan adalah ke Pantai Murni.. aku pernah sekali ke Pantai Murni ni.. yang merupakan kawasan pantai yang boleh kita bermain-main dengan air.. pantainya taklah sehebat Batu Feringgi.. tapi dalam kategori bolehlah.. dan terdapat juga gerai-gerai makan yang banyak..


Perjalanan diteruskan lagi.. dan kini kami memasuki kawasan kampung Tanjung Jaga.. bermula dari sini.. boleh dikatakan nikmat bagi penunggang motorsikal.. kerana kat sini boleh ler layan leperan sikit.. habuan buang ketagih.. kekadang tu jika aku menunggang motor ke Sungai Petani.. selalu juga aku melalui jalan ni.. saja nak lepas gian main korner... tapi kena berhati-hati sikit ler.. silap perhitungan.. masuk gaung..

Jom kita layan gambiran korner kat sini.. dan kebanyakannya mini short-corner...

Sebelum memasuki korner yang pertama...









Kat depan.. ternampak kawasan yang baru ditebang pokok-pokok balak...


Habis dah.. layan korner.. kini masuk balik jalan yang lurus.. kat depan tu ada simpang.. ke kiri adalah untuk ke Tanjung Dawai.. 


Kat Tanjung Dawai ni.. kita boleh layan makan sea-food.. tapi lama dah aku tak ke sana.. dan tempat tumpuan orang beli ikan talang masin.. tapi kami ambil simpang ke kiri.. menuju ke Merbok dan seterusnya ke Sungai Petani...

Gunung Jerai sudah semakin hampir.. dari sebelah belakang...


Kaki Gunung Jerai yang semakin terhakis gamaknya dek pembangunan...


Kini.. kami mula memasuki Pekan Merbok..


Agak lengang Pekan Merbok ni.. mungkin sebab cuti Tahun Baru Cina kot...


Kat sini pun ada kawasan rekreasi air terjun.. iaitu Tupah.. ok juga tempatnya.. 


Nanti bila-bila lapang.. boleh bawa famili mai ke Tupah pulak.. nanti aku boleh review sikit...

Kemudian kami menghala ke kiri.. melalui jalan baru pintas ke Sungai Petani...


Rehat jap.. panas betul hari ni.. 

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

9 Rabiul Awal 1432 / 12 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...