10 Februari 2011

BERKELAH DI PULAU PINANG... PART 2

Catatan Ayah

Khamis / 3 Februari 2011

Ok.. hari ni aku sambung lagi ceritera aku dan famili berkelah di Pulau Pinang.. menghabiskan masa yang aku anggap masa berkualiti bersama famili... di masa cuti panjang Tahun Baru Cina...

Jadi.. kami pun sampai di Kuala Kedah.. lupa nak bagi tau.. kat Kuala Kedah ni.. kalau ada sesiapa nak datang boleh melawat Kota Kuala  Kedah.. kalau nak ke sana.. ada selekoh sebelah kanan sebelum naik ke Jambatan Tok Pasai tadi.. pengunjung boleh juga ke Langkawi melalui Kuala Kedah.. cuma kalau melalui Kuala Kedah ke Langkawi.. feri belayar ambik masa dalam sejam setengah hingga dua jam berbanding Kuala Perlis.. hanya dalam 45 minit hingga sejam saja..



Kemudian.. kami berhenti sebentar kat Petronas Kuala Kedah.. sebab nak beli air oren kat adik.. tak lama kami berhenti kat sini..


Kemudian kami teruskan perjalanan.. masuk ke jalan yang menuju ke Yan.. ikut perkiraan aku.. berkemungkinan jalan ni agak lenggang jika dibandingkan jalan persekutuan menuju ke Sungai Petani...


Selepas simpang traffic light ni.. belok ke kanan.. sebelah kanan ada sebuah kedai makan yang menunya adalah gulai ikan.. memang cukup marbeles.. cuma hari ni.. kedai ni tak dibuka.. aku pernah dua tiga kali makan kat sini.. terbukti memang sedap.. dan selalunya perniagaan bermula pagi dan berakhir tengah hari.. aku rekomen kepada sapa-sapa yang nak try makan kat sini.. dan pelanggan kedai ni cukup ramai setiap hari...


Alhamdulillah.. seperti perkiraan aku.. jalan ni cukup lapang.. melalui kawasan-kawasan kampung menuju sehingga Yan.. keadaan jalan macam biasa.. ada tempat ok.. ada tempat yang agak beralun sikit.. standard jalan kampung.. dan kena berhati-hati sikit ler sebab risau kot-kot ada orang kampung melintas jalan...


Tapi.. ada ketikanya boleh laju sehingga mencecah sehingga 100 km/j bila melalui kawasan bendang.. dan dari kejauhan.. sudah nampak berbalam-balam.. Gunung Jerai.. juga salah satu tempat yang boleh dilawati...


Jika dilihat dalam peta.. jalan yang kami lalui ni adalah jalan negeri K1.. manakala jalan K130 yang menghala ke kiri.. akan masuk ke jalan persekutuan nombor 1.. iaitu jalan utama menuju ke Sungai Petani...


Sepanjang jalan ni.. terbentang kawasan bendang yang luas.. dah Kedah Jelapang Padi Malaysia... dan sebelah kanan jalan.. jika dapat diperhatikan betul-betul adalah kawasan pantai.. yang aku agak hanya beberapa kilometer saja dari jalan ni...


Disepanjang jalan ni juga boleh dilihat... banyak dibina bangunan-bangunan sarang burung walit.. yang hangat diperkatakan sekarang.. yang mana sarangnya amat mahal harganya.. berkemungkinan lokasi yang baik.. berdekatan dengan laut.. maka banyak dibina bangunan-bangunan sarang burung ni.. di kiri kanan jalan...


Dan sekarang ni dah mula musim menuai.. maka di kiri kanan jalan hanya dapat nampak jerami saja.. dan jerami sekarang ni dah laku dijual.. tak macam dulu.. hanya dibakar saja.. jerami sekarang ni dah diambil untuk digunakan jika menternak cacing.. dan ada yang menggunakannya sebagai litupan lereng-lereng bukit...


Tak lama.. kami memasuki pekan kecil Sungai Limau Dalam.. yang kebetulan hari ni ada "nat" pagi.. maksud "nat" di utara ni adalah pasar pagi.. dan banyak peniaga-peniaga kecil tempatan yang berjual-beli.. dan macam dah jadi macam pasar malam.. cuma operasi niaga bermula pagi hingga tengah hari saja...


Di kiri kanan jalan ni juga boleh dilihat pembakaran terbuka.. petani yang dok bakar jerami.. jerami ni perlu dibakar supaya menjadi baja kepada tanah sebelum kerja-kerja membajak dilakukan semula.. tetapi sekarang kalau tak salah aku.. pihak MADA dan Alam Sekitar hanya membenarkan pembakaran jerami pada waktu petang dan malam saja.. cuma kadang-kadang ada petani yang bakar pada waktu pagi dan tengah hari.. cuma sekarang ni musim angin timur dan agak kencang.. kenalah berhati-hati ketika membakar...



Sekarang ni.. Ops Sikap sedang dilaksanakan.. jadi setiap jalan mesti ada sekatan jalan..


Kini.. kami dah memasuki pekan Yan..


Kat pekan Yan ni.. sebelah kiri berhampiran dengan tapak pasar malam.. terdapat sebuah medan selera.. yang mana terdapat sebuah gerai yang menjual pasembor.. aku pernah makan kat sini.. dan pasembornya cukup sedap.. dan berbeza dengan pasembor biasa dan yang terdapat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.. dalam pasembornya boleh diminta masukkan ikan goreng, perut, paru dan macam-macam lagi.. dan sedap serta marbeles.. dan aku rekomen kepada sesiapa yang nak try...

Ok lah dulu.. aku berhenti sini dulu.. sebab rasa mengantuk pulak.. sebab tadi pi buat kerja kat Alor Star.. InsyaAllah esok-esok aku sambung ceritera aku yang boring nih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

7 Rabiul Awal 1432 / 10 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...