09 Februari 2011

BERKELAH DI PULAU PINANG... PART 1

Catatan Ayah

Khamis / 3 Februari 2011

Hari ni adalah hari cuti sempena Tahun Baru Cina 2011.. cuti pulak dapat 4 hari dari hari ni sampai hari ahad..

Jadi hari ni aku ambik kesempatan cuti bawa anak bini berkelah.. cadangnya berkelah di Pulau Pinang.. sebab minggu lepas aku dah berkonvoi ke Satun.. jadi cuti ni bawa anak bini makan angin pulak sambil berkelah..

So.. pagi-pagi lagi aku dan isteri ke Pasar Besar Kangar untuk beli ikan dan sayur untuk buat bekalan berkelah.. kami beli ikan haruan.. buat masak kicap dan sayur campur.. selain tu.. bini aku ada buat tapai pulut.. jadi bawa sekalilah..

Selesai masak.. dalam pukul 11 pagi.. kami bergerak ke Pulau Pinang.. turut serta makcik... mak dah ke KL.. ke rumah adik..

Anak-anak bersedia untuk berkelana..


Cuaca.. nampaknya amat baik hari ni.. cuma aku bimbangkan keadaan jalan.. yang mungkin akan sesak.. tapi tak pa.. aku akan redah juga...


Kenderaan mulai banyak bila kami sampai Sanglang.. jadi perjalanan kami agak perlahan.. 


Namun.. Bang Cik nampaknya begitu bersemangat sekali.. nak tengok air laut...


Kat depan.. simpang ke kiri menuju ke Taman Rekreasi Gunung Keriang.. aku sendiri pun tak pernah ke sana lagi.. dan di sana terdapat muzium padi.. tapi anak aku, Irdina dah pernah sampai dah ke sana semasa ikut rombongan tadika Smart Readers dulu.. mungkin aku akan ke sana bila-bila free.. nak tau jugak apa yang menariknya kat sana...



Perjalanan agak perlahan.. sebab jalan agak sesak bila sampai Kuala Sungai.. jadi aku ambik keputusan untuk ikut Kuala Kedah dan terus melalui Yan hingga Sungai Petani.. dan terus ke Pulau Pinang.. saja jer malas nak masuk lebuhraya...


Kami melalui Pasar Nelayan Kuala Kubang Rotan.. banyak juga pengunjung hari ni.. dan di sini terkenal dengan ikan-ikan segar yang baru dinaikkan dari laut... dan selalu menjadi tumpuan penduduk sekitar.. bahkan ada yang datang dari Perlis...


Dari kejauhan.. dah ternampak Jambatan Tok Pasai yang merentasi Sungai Kuala Kedah...


Jambatan Tok Pasai...

p/s: mengantuk pula.. esok nak kena ke Alor Star pulak.. jadi bersambung nanti...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

6 Rabiul Awal 1432 / 9 Februari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...