27 Februari 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KE-10

Catatan Ayah

Ahad / 27 Februari 2011

27 Februari... 10 tahun dulu.. aku telah dianugerahkan Allah Taala.. cahaya mata yang pertama.. dilahirkan di Hospital Alor Star (HAS)..

Dialah anak sulung aku.. Muhammad Amir Huzaifah yang genap 10 tahun hari ni...

Ayah ucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-10.. walaupun kita jarang bertemu dek kerana beberapa masalah.. namun Huzaifah tetap berada di hati ayah...

Semoga satu hari nanti.. kita dapat bersama.. dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Huzaifah selalu..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

26 Februari 2011

PILI BOMBA 3

Catatan Ayah

Sabtu / 26 Februari 2011
Jam 7.10 pm
Hadapan Kompleks Arau / Pasaraya C-Mart

Agak lewat aku ke Pasaraya C-Mart hari ni.. selepas ke MURoC 2011 di Dewan 2020..

Selepas membeli-belah beberapa barang keperluan.. isteri aku beritahu, "cerita bab pili bomba ada lagi ka?"..

"Ada lagi.. sambung sampai hujung Mac ni..", balas aku..

"Tu.. ada satu.. tak mau ambik gambaq ke?", kata isteri aku sambil tunjuk ke arah satu pili bomba..


Tu dia.. ada sebuah pili bomba.. siap ada pagar lagi.. kalau aku boleh beri nama kat pili bomba ni.. mungkin aku beri nama pili bomba putri lindungan bulan.. siap ada pak guard..


Jika dilihat pada kedudukan pili bomba ni.. ia telah dipasang di antara tempat letak kenderaan dan laluan kenderaan.. jadi untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan yang lalu lalang.. maka pihak yang berkenaan telah memasang tiang serta meletakkan pasu bunga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.. syabas dan terima kasih...


Cuma satu benda saja yang mencacatkan pemandangan.. masih ada segelintir pengguna troli membeli belah yang kurang berdisiplin.. masih malas nak hantar dan letakkan balik troli tu ke tempatnya.. supaya orang lain pulak boleh menggunakannya.. sebab tu tadi aku tengok troli kurang kat dalam pasaraya.. dan masih ada orang yang tak tahu membezakan antara tong sampah dan pasu bunga... masih gatal tangan membuang sampah merata-rata...

p/s: marilah kita sama-sama jadi bangsa Melayu Islam yang terbaik serta contoh kepada bangsa lain...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

23 Rabiul Awal 1432 / 26 Februari 2011

25 Februari 2011

TAKZIAH

Catatan Ayah

Jumaat / 25 Februari 2011

Pagi tadi aku dapat mesej dari FB Syaiful yang berbunyi...

"Salam takziah buat sahabat Md Hushaidi Husin & keluarga yg telah kehilangan ibunya akibat stroke di HSB mlm semalam. Al Fatihah.....moga rohnya di tempatkan di kalangan yg beriman..."

Berikutan dengan itu, aku ucapkan takziah untuk Hushaidi sekeluarga dengan pulangnya bonda kesayangan ke rahmatullah.. semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman..

Tak lupa juga tahniah buat Hushaidi kerana baru mendapat cahaya mata... semoga dengan pemergian bonda tersayang.. terganti dengan mendapat cahaya mata yang baru...


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah...


Al-Fatihah..


Amin...


p/s: sesungguhnya semua yang hidup pasti akan merasai mati.. bila sampai ajalnya.. tak akan diawalkan dan tak akan dilewatkan walaupun sesaat...


"Pengalaman membentuk keperibadian..."


22 Rabiul Awal 1432 / 25 Februari 2011

24 Februari 2011

RIDE FLUORO @ HSB

Catatan Ayah

Khamis / 24 Februari 2011

Alhamdulillah... hari ni adalah hari terakhir selama 10 hari aku kena ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tugasan QC test fluoroscopy...

Jadual untuk hari ni.. aku kena buat QC test untuk Angiography bi-plane... kat ICL, HSB...

Macam biasa... seawal pukul 8 pagi aku keluar dari rumah... menuju ke HSB... yang terletak di Jalan Langgar...


Setiap hari selama 10 hari.. jalan ni lah yang aku lalui... Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon... tapi aku lalu sampai Arau saja... sebelum ni selalunya aku lajak hingga Changloon terus ke Alor Star... tapi kali ni saja jer ubah selera...

Yang bestnya... pagi-pagi ni.. macam ni lah jalan-jalan kat sini... tak macam kat KL dan Penang... bahkan Alor Star dan Sungai Petani pun dok jem la ni.. tapi sebelah Perlis ni.. lengang saja... ;-)


Sampai Arau.. aku terus keluar.. kerana aku ikut Kodiang dan Jitra... saja malas nak ikut Changloon.. lagi pun mood untuk speed tak ada lagi.. dan niat aku cuma ride santai jer untuk ke HSB.. lagi pun nak laju pun nak ke mana... dekat jer HSB ni...


Seingat-ingat aku... jalan antara Arau-Kodiang ni dah lebih 4 tahun... tak siap-siap.. bukan jauh mana pun.. cuma kebelakangan ni saja.. baru nampak kontraktor dok sambung pembinaan.. agaknya kontraktor baru kot... jalan antara Kodiang-Tunjang dah lama dah siap...

Cuaca pun nampak macam mendung hari ni... tak macam kelmarin dan 2 minggu yang lepas.. cukup panas.. bahkan waktu pagi macam ni pun... cahaya matahari dah mencucuk mata... tapi pagi ni.. selesa menunggang... sejuk jer.. lagi pun semalam hujan lebat... jangan dibuatnya hujan hari ni dah ler... sebab aku tak bawa baju hujan...


Hangpa tengok... jalan cukup lengang.. walaupun hari bekerja... kalau nak rembat 160~180km/j pun boleh... macam 2-3 hari yang lepas... tapi hari ni dah niat ride santai sambil layan gambiran... tu yang relax sikit tu...

Pekan Kodiang pun dah lepas.. menuju ke Kota Siputeh... dimana terdapatnya Makam Puteri Lindungan Bulan...


Dah pun sampai Pekan Kota Siputeh.. ni makcik pakcik baru keluar beli ikan kot... sebelah kanan aku ni boleh ke Makam Puteri Lindungan Bulan... dulu-dulu selalu juga aku dengar cerita orang tua-tua mengenai Puteri Lindungan Bulan... kalau hangpa nak tau cerita dia macam mana... rasa-rasanya tanya kat Pak Cik Google.. mesti dia bagi tau macam mana cerita dia...

Lagi satu lampu isyarat kat depan tu... tiap-tiap hari aku tengok.. dok berkelip lampu kuning saja.. rosak kot... rasa-rasanya lebih 2 bulan dah... dok macam tu saja... pihak-pihak berwajib patut ambil tindakan sewajarnya.. bukan apa.. takut berlakunya kemalangan... lagi pulak aku dok tengok.. penduduk kat sini.. tak pakai topi keledar pun bila menunggang... amat berbahaya.. dan kereta-kereta.. cukup laju kat jalan ni...


Sampai Jitra.. aku ikut jalan ke Hospital Jitra.. terus  masuk ke Lebuhraya Plus.. menuju ke Alor Star... bukan apa.. kalau masuk ikut Pekan Jitra.. banyak sangat lampu isyarat.. lagi satu jalan Hutan Kampung kurang elok sikit... banyak sangat lubang...


Di sebelah kiri aku ni adalah tasik Bandar Darul Aman... kat tengah-tengah tu ada air pancut.. cukup tinggi pancutannya.. cuma kadang-kadang saja pihak pengurusan 'on'kan pancutannya.. petang-petang ramai juga yang dok jogging kat sini.. selain bermain sampan.. dulu kat sini pernah diadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat kebangsaan di sini...


Bila melihat bukit ni.. teringat zaman aku kecil dulu.. di sinilah aku dilahirkan.. iaitu Kampung Alor Rambai.. kat rumah tok aku... dan kat bukit tu lah aku dan sepupu-sepupu aku selalu naik bukit tu hingga sampai ke tangki air.. saja seronok-seronok zaman kanak-kanak..


Dan rumah tu lah rumah tok wan aku... dan la ni dah jadi rumah kosong.. tak berpenghuni setelah kedua-dua mereka telah meninggal dunia...


Dan kat sini... dulunya adalah kebun buah-buahan.. ya.. atas jalan lebuhraya ni.. dulunya adalah kebun buah-buahan.. rambutan, manggis, durian dan cempedak.. dan aku masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu.. kami selalu makan buah-buahan kat sini.. tapi sekarang zaman dah berlalu... cuma tinggal kenangan saja..


Akhirnya.. sampai ke Exit Alor Star (U)... dan macam biasa.. kenderaan agak lengang... ;-)


Dan seperti biasa.. seperti hari-hari kelmarin.. aku berhenti sat kat sini.. untuk perasap 'kemenyan'.. saja jer.. sebab sat lagi.. bila dah masuk kawasan hospital.. dah tak boleh perasap kemenyan dah...


Selesai perasap 'kemenyan'... aku sambung perjalanan.. memasuki Jalan Langgar.. menuju ke HSB.. lihat.. cukup lengang jalan.. dan relax.. hihihi... ;-)


Tapi jalan kat depan HSB ni teruk sikit... dalam pembinaan.. khabarnya nak buat 4 lane.. terus ke Lebuhraya Durian Burung... masih belum siap...


Akhirnya... Alhamdulillah.. selamat sampai HSB tanpa ada sebarang masalah.. dan di sinilah port aku selalu parking "kerbau hitam" aku ni... ;-)

Dan bermulalah tugasan aku... hari ni aku akan buat QC test untuk Angiography... kat ICL..

Jom... layan gambiran dan rupa bentuk Angiography ni... buatan Philips...




Alhamdulillah... selesai tugasan aku selama hampir 10 hari... terima kasih kepada Syaiful Khairy kerana membantu...

Dan semasa balik.. kena hujan sikit semasa kat Jitra...

p/s: lepas ni.. mungkin kena buat QC kat Sungai Petani pulak... get ready Sohaimi aka Mie Korea...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Rabiul Awal 1432 / 24 Februari 2011

EXORA TURBO? (UPDATED)

Catatan Ayah

Dalam Buletin Utama TV3 tadi diberitakan yang Proton Berhad bakal mengeluarkan enjin turbo tahun depan. Model pertama yang akan guna enjin turbo adalah Proton Exora.

Tak tau lagi enjin apa yang akan dipasang turbo, mungkin Campro sama ada sekali dengan CPS atau tidak. Enjin 1.6 yang ditambah dengan turbo ini akan mempunyai kekuatan sama dengan enjin 2.0...

Dulu Paultan pernah menulis mengenai Exora Turbo.


Gambar diambil dari blog Paultan....

Harap-harap ini akan menjadi kenyataan tahun depan dan harganya pun dengan harapan berpatutan dengan pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia....

Lagi satu dengan harapan, janganlah pulak Proton Turbo nanti penuh dengan masalah pulak...

Kalau mahal sangat...nampak gayanya masih guna Kenarilah jawapnya....

Lagi berita mengenai Proton Turbo boleh dibaca di sini...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Updated...

Terbaca dari Blog Paultan...

Adakah ini Exora Turbo yang bakal dikeluarkan itu?

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Rabiul Awal 1432 / 24 Februari 2011

23 Februari 2011

MINGGU YANG MEMENATKAN...

Catatan Ayah

Rabu / 23 Februari 2011

Hari ni adalah hari yang ke-9... aku berulang-alik antara Kangar dan Alor Star.. menjalankan tugasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)...

Bermula dari 14hb sampai esok 24hb.. aku kena menjalankan tugasan untuk QC test fluoroscopy kat HSB.. yang melibatkan C-Arm, General Fluoroscopy dan Angiography..

Memang memenatkan.. apatah lagi selama 10 hari.. tubuh badan aku terdedah dengan radiasi dari mesin x-ray... sampai nak update blog ni pun rasa memenatkan...

Ya.. selama 10 hari.. aku harus habiskan sebanyak 10 unit mesin x-ray... ramai yang kata.. satu hari boleh buat test 2 unit mesin x-ray.. tapi bagi aku.. cukuplah satu hari satu unit mesin x-ray saja.. sebab badan kita terdedah kepada radiasi.. ini pun demi keselamatan diri sendiri... kalau nak tau macam mana rasanya.. try tengok.. letih ke dak kalau terdedah dengan radiasi x-ray...

Dan esok adalah hari terakhir aku berada di HSB.. dan aku akan rehat sebentar.. dan akan bersambung di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pulak... serta Hospital Kulim...

Dan selama 10 hari juga.. aku ride ke HSB...


Alhamdulillah... selama 10 hari ni.. semua kerja-kerja berjalan dengan sempurna... tanpa ada sebarang masalah... terima kasih kepada Syaiful Khairy kerana banyak membantu...


p/s: kekadang tu rasa boring jugak dok buat benda ni selama hampir 10 tahun.. tapi dah tanggungjawab... buat jer lah... mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah Taala.. nak pi ride mana-mana pun tak dan lagi nih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

20 Rabiul Awal 1432 / 23 Februari 2011

20 Februari 2011

EPF...

Catatan Ayah

Ahad / 20 Februari 2011

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah Taala dan segala puji-pujian hanya kepada Allah.. yang memberi rezeki dan rahmat...

Tadi.. ada dengar berita kat salah sebuah stesen TV.. yang melaporkan KWSP telah mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir Disember 2010 sebanyak 5.80 %... melebihi kadar 2009 yang ketika itu sebanyak 5.65 %.. Alhamdulillah...

Jadi.. aku layar ke laman web rasmi KWSP untuk pengesahan... dan berita tu boleh di baca di sini...

Alhamdulillah...

Namun begitu.. aku dok compare dengan sejumlah daripada simpanan dari akaun 1 KWSP yang aku laburkan dalam salah satu saham amanah yang diluluskan oleh KWSP... sejak 2008.. aku telah mendapat keuntungan sebanyak 36.67 %... dengan kata lain 12.22 % setahun... 2 kali ganda dari EPF...


Lagi sekali .. Alhamdulillah... dan kekerapan aku labur dalam saham amanah adalah setiap 3 bulan sekali.. seperti yang dibenarkan oleh KWSP.. untuk dilaburkan dalam saham amanah...

Jadi.. kepada kawan-kawan.. kalau nak tahu macam mana.. boleh PM aku atau hantar jer e-mail kat aku.. nanti kita boleh sembang panjang...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

17 Rabiul Awal 1432 / 20 Februari 2011

MAKAN-MAKAN...

Catatan Ayah

Ahad / 13 Februari 2011

Sekali-sekala kalau ubah tempat makan... orang kata sedap.. tak kiralah kat mana.. bagi yang ada kemampuan.. boleh ler ke restoran-restoran mahal.. tapi bagi aku yang kurang kemampuan nih.. ikut kreativiti ler kot..

Hari ni hari ahad.. petang ni kakak Dina kena ke tuisyen.. kalau nak ubah tempat makan dengan berkelah.. rasanya tak sempat kot.. lagi pun kalau kat Perlis ni.. nak pi mana?

Kalau ada masa.. ada 2-3 tempat dalam kepala otak aku.. sama ada Bukit Wang kat Jitra.., Batu Pahat.., Timah Tasoh.., dan Gua Kelam.. tapi dah masa tak sempat.. last-last kat belakang rumah jer...

Kami sekeluarga ambil keputusan untuk berkelah di belakang rumah saja.. di bawah pokok rambutan dan pokok mempelam harum manis...

Antara menu makan-makan kami hari ni... ayam masak kicap cuka kurma.., asam pedas melaka style.. dan nasi goreng jer..


Tapi sebelum makan.. kena baca doa dulu...


Bila makan kat belakang rumah.. bawah pokok pulak tu.. dan dibuai dengan angin timur yang sedang melanda Perlis sekarang ni.. menu yang simple macam ni pun habis.. tak kira sedap ke tidak... hihihi...


Dalam dok makan-makan ni.. sempat juga menengok.. banyak juga bunga mempelam harum manis ni.. minta-minta menjadi mempelam harum manis tahun ni.. tapi cuma masalah mempelam harum manis ni.. ulat saja.. mempelam harum manis ni.. makan dengan pulut santan.. pergh!!!... ngancam.. kalau sapa-sapa tak pernah cuba.. nanti bila musim mempelam harum manis.. mai Perlis.. cuba tengok..


Rambutan anak sekolah ni pun tak bunga lagi.. rambutan anak sekolah ni.. yang istimewanya.. isi dia lekang.. mudah dipisahkan dari biji.. bila nak bunga tak tau ler.. setakat sepokok ni.. boleh ler merasa.. tak payah nak pi beli kat pasar malam.. inilah satu-satunya keseronokan tinggal di kampung...


p/s: Eeerrkkk.. alhamdulillah.. nanti ada masa lapang.. kita hampar tikar.. makan-makan lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

17 Rabiul Awal 1432 / 20 Februari 2011

19 Februari 2011

NASI BERIANI...

Catatan Ayah

Assalamualaikum...

Setiap sabtu ke-2.. adalah hari kerja company aku.. orang lain syok-syok cuti.. tapi kami..... ;-(

Sabtu ke-2 kali ni... 12 Februari 2011.. kami sebulat suara.. mengadakan jamuan sambut birthday.. buat Man Nadzi, Own dan Meck... ;-D

Dan menu kali ni adalah... nasi beriani yang ditempah dari Restoran Ismail.. Simpang 3 Sena...

Rasa?... sapa yang nak try.. boleh pi makan kat sana.. sebab masing-masing ada selera masing-masing...

Jadi... jom layan gambiran yang aku sempat ambik sepanjang majlis makan-makan berlangsung... ;-D

Inilah dia nasi beriani... dan menu yang lain...






Amacam?.. ada karan dak... hihihi.. ;-P

Dan.. seperti biasa.. inilah antara pengelola-pengelolanya... yang rajin dok cari.. Shidah, Esah dan Fiza...

Esah...



Shidah...


Nasi dah terhidang... so apalagi... Bismillah...


Jangan berebut yer... semua dapat... ;-)







Ini adalah cenderamata yang telah ditempah.. kat mana aku pun tak tau... ni semua kerja pengelola-pengelola kita la ni... rajin betui depa dok pi cari...




Eeerrkkk... Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati.. kata orang-orang tua...

Jadi.. bila perut dah kenyang.. maka pakat dok menyembang la.. lagi pun hari ni sabtu.. tak dak kerja pun nak buat.. 





Dalam dok menyembang mohong ni.. lupa pulak.. ucapan abang-abang yang celebrate birthday ni.. 

"Apalagi.. bagi la ucapan sikit", kata Pak Cik Ayaq...

Esah.. dengan gaya sorang pengacara.. ada bakat tu... ;-P


Ucapan dari Own...



Diikuti oleh Meck...



Dan Man Nadzi...


Masing-masing dah beri ucapan serba sedikit.. jadi tibalah masanya untuk penyampaian cenderamata hati... hihihi..

Own...



Anak muda harapan wanita bangsa... ;-)



Dan Cik Man kita...


Inilah cenderamata masing-masing...




p/s: bulan depan celebrate birthday sapa pulak?...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

16 Rabiul Awal 1432 / 19 Februari 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...