16 Januari 2011

X-RAY TUBE KXO-80G

Catatan Ayah

Rabu / 12 Januari 2011

Hari ni.. lagi sekali aku ride ke HSB.. ada tugasan untuk tukar x-ray tube bersama dengan Syaiful dan Denesh... dan sebagai kesinambungan program mentor-mentee...

Aku sampai HSB dalam pukul 9:00 pagi setelah menempuh perjalanan yang agak sejuk.. (ride pagi-pagi buta... sejuk yang amat..he he he..)... melalui Changloon dan terus ke HSB..


Sampai jer kat HSB.. kami terus ke JPD.. General x-ray ni baru saja ditukarkan support arm baru-baru ni.. dan hari ni.. kami akan tukar tube pulak..


Sambil kerja-kerja penukaran dilakukan.. aku juga share serba sedikit dari pengalaman dan pengetahuan yang aku tahu dengan Syaiful dan Denesh... dan bagaimana cara untuk kita check x-ray tube...


Semasa penukaran tube dilakukan.. kami menghadapi masalah iaitu untuk membuka 2 daripada 4 skru akibat daripada thread skru tersebut yang telah dititik dengan loctite sebelum ni.. hinggakan terpaksa minta tolong rakan-rakan dari MECH untuk buang dengan cara drill..


Alhamdulillah... kedua-dua skru tersebut berjaya dibuang.. tetapi sebelum pemasangan x-ray tube yang baru.. aku dan Syaiful perlu ke kedai hardware untuk beli set skru yang baru...


Kami sambung balik pemasangan selepas rehat tengahari.. dan kami berjaya membuat semua pemasangan dengan sempurna...


Selepas pemasangan... maka ujian perlu dilakukan...


Semasa ujian dilakukan.. didapati measured value untuk kVp berada di luar julat antara 11% hingga 27% dan mesin memberikan error message E39 bila beroperasi pada mA yang tinggi...


Berikutan dengan itu... kami cuba swap KVC board, MAC board, SEQ1 board dan SEQ2 board dengan mesin dari bilik bersebelahan.. namun didapati.. kesemua board itu dalam keadaan elok...


Berdasarkan fakta bacaan keputusan ujian kVp tadi.. kami membuat kesimpulan bahawa.. general x-ray ni perlu dibuat calibration ekoran penukaran x-ray tube yang baru... dan hanya Abex sahaja yang boleh melakukannya... kerana kami ketiadaan test tool...


Syaiful akan buat request untuk Abex datang... dan barulah sambungan kerja-kerja ni akan dilakukan...


Dalam pukul 5 petang.. aku ride balik... dan telah ditimpa hujan lebat dari Jitra hingga Changloon... nasib baik bawak baju hujan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

11 Safar 1432 / 16 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...