13 Januari 2011

WAVE 100(0)

Catatan Ayah

Ahad / 9 Januari 2011

Dah 5 tahun aku guna Wave aku ni.. aku panggil Wave 1000... he he he.. ;-)


Sepanjang 5 tahun berkhidmat kat aku.. Wave 1000 aku ni tak pernah mendatangkan sebarang masalah.. hinggalah minggu lepas..

Semasa nak ke tempat kerja.. waktu pagi.. Wave 1000 ni tersengguk-sengguk.. start dari JKR lagi.. hinggalah sampai Bernas.. akhirnya mati kat tengah jalan.. dok sat.. start balik.. hidup dan jalan.. tapi tak boleh laju.. tapi sebaik sampai kat traffic light berdekatan dengan hospital.. terus enjin mati.. start balik dah tak mau hidup.. apa lagi.. tolak lah sampai office.. check tengok minyak petrol.. masih ada..

aku rasa.. berkemungkinan.. saluran minyak petrol berkemungkinan tersumbat.. kemudian aku ajak Own tolong tolak ke kedai motor.. check tengok.. pomen kata minyak habis dan cuma tukar spark plug.. jadi aku bawa balik motor ke rumah.. tapi bila sampai kat JKR.. motor mati balik.. start 2 kali baru hidup.. kemudian aku bawa slow-slow.. akhirnya.. alhamdulillah sampai jugak ke rumah..


Jadi.. petang ni rasanya agak free sikit.. jadi aku nak godek-godek sikit Wave 1000 ni.. kot-kot boleh elok.. lagi pun.. mileage dah 36154 km dah.. dah nak kena tukar minyak hitam dah.. sebab aku selalu tukar minyak hitam Wave 1000 ni setiap 2000 km.. jadi.. sepatutnya aku tukar semasa 36000 km dulu.. ni dah lebih 154 km..


Jadi.. sebelum check pasai apa yang Wave 1000 ni selalu mati kat jalan.. aku tukar minyak hitam dulu.. tapi Wave 1000 ni special sikit.. tak boleh buang minyak hitam melalui lubang kat bawah.. buang melalui lubang atas... hi hi hi hi... :-)


Sementara dok tunggu minyak hitam habis dibuang.. aku godek-godek tengok.. petrol filter kotor nampaknya.. dan aku rasa berkemungkinan telah block.. jadi minyak petrol tak lawas turun ke carburetor..jadi aku tukar petrol filter yang baru yang aku beli kelmarin.. harga RM 3 sahaja.. kemudian.. cuci air filter pulak.. nampak gaya.. nak kena tukar air filter yang baru.. yang lama ni dah teruk keadaannya..


Minyak hitam yang aku guna cuma lebihan minyak hitam Kenari saja.. ada orang kata.. motor tak boleh pakai minyak hitam kereta sebab minyak hitam kereta dibuat untuk enjin dry clutch manakala motor menggunakan wet clutch.. jadi motor mungkin akan mengalami clutch slip jika menggunakan minyak hitam untuk kereta.. tapi aku dok guna selama ni.. tak dak masalah pun..


Akhirnya.. semua siap.. jadi aku try start.. hidup dengan mudah sekali.. lepas tu try bawa.. rasa smooth saja.. siap tarik lagi.. ok.. tak dak masalah.. alhamdulillah...

Lepas tu.. acara basuh membasuh la pulak.. kesian juga kat dia.. asyik dok mandikan "kerbau hitam" saja.. Wave 1000 ni pun nak juga rasa mandi dan dibelai.. jadi upacara memandikan Wave 1000 ni pun bermula...



Akhirnya.. merelik dak...

p/s: kalau setakat sikit-sikit ni.. aku suka DIY.. kecuali yang teruk-teruk saja.. dan jika tools aku tak cukup...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

8 Safar 1432 / 13 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...