05 Januari 2011

TNB

Catatan Ayah

Ahad / 2 Januari 2011

Pagi-pagi cuti ni relax sikit. Lagipun hari ni rasa nak rehat sikit sebab kelmarin dah tunggang "kerbau hitam" sepanjang hari.

Jadi.. dah dok saja-saja ni.. boleh ler tengok Facebook.. dan upload gambiran kelmarin....

Dalam dok tengah ralit menyunting gambiran..."TOM...!!!!", aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat kat luar...

"Apa benda yang bunyi kuat tu?..", terdetik dalam fikiran aku..

Bila keluar.. ternampak sebuah kereta Satria berwarna biru terundur ke kawasan rumah jiran aku kat depan.. Aku pun bergegas keluar.. untuk tengok.. apa benda yang telah berlaku..



Nah!!!.. telah berlaku satu kemalangan kat jalan depan rumah aku.. sebuah kereta Satria telah melanggar sebuah kereta Civic yang sedang parking kat tepi jalan.. Satria tu cuma lucut bamper saja.. yang teruk adalah Civic tu.. pada pandangan aku.. kira total lost.. teruk kena.. kiri kanan remuk.. kereta Wira yang parking kat belakang Civic pecah cermin.. kedua-duanya dok parking kat tepi.. tunggu giliran untuk dibaiki oleh Dan (pemilik SQV Utara..)

Bini Bang Un kata.. dia nampak Satria tu dah dok melelong dah sebelum langgar Civic tu.. kemudian bini Un tanya kat driver Satria tu.. apa yang dah jadi..

Apa yang diceritakan.. pemandu Satria tu baru balik mengail.. dan telah terlelap lalu telah melanggar Civic tu.. inilah akibatnya jika mengantuk ketika memandu.. walaupun hanya terlelap sesaat.. inilah akibatnya.. jadi moralnya.. jika mengantuk.. jangan memandu.. berhenti kat tepi jalan.. tidur dulu.. itu yang sebaik-baiknya.. jangan dok gagah memandu..

Hasilnya.. bukan setakat langgar kereta orang.. nasib baik langgar kereta.. jika langgar orang.. dan orang tu meninggal dunia.. lagi kes teruk..


Bukan setakat itu.. akibat pelanggaran tu.. tiang elektik telah senget.. sampai terlucut wayar.. nasib baik tak putus.. malah meter elektrik kat rumah Dan terlucut dari dinding rumah.. dan 2-3 rumah termasuk rumah aku telah terputus bekalan elektrik..

Kat sini.. aku bukan nak cerita panjang lebar mengenai kemalangan tersebut.. tapi untuk berterima kasih kepada TNB.. selepas kejadian tu.. aku terus buat laporan kepada TNB melalui talian 15454.. dan dalam masa 1/2 jam.. mereka sampai.. jadi boleh dikatakan.. TNB sekarang lebih baik.. dari dulu .. semasa LLN.. dulu orang kata.. LLN tu Langut Langut Naik.. dan lambat sikit respone dia.. tapi la ni dah jadi TNB.. Tengok Naik Buat.. cukup efektif..




Kerja-kerja pembaikan siap dalam pukul 2:00 petang..

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para pekerja TNB atas usaha anda.. walaupun hari ni hari ahad dan merupakan hari cuti hujung minggu.. tapi anda semua telah response aduan dengan cepat.. dan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera..

Terima kasih..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

30 Muharram 1432 / 5 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...