18 Januari 2011

SERVICE RO RUMAH LONG NAH

Catatan Ayah

Sabtu / 15 Januari 2011

Bulan lepas, Long Nah ada memberitahu aku yang RO kat rumah dia... agak slow... yang pada pandangan aku... berkemungkinan penapisnya mungkin tersumbat... dan lagi katanya... air reject terlalu banyak...

Bulan lepas.. aku cuma tukarkan ketiga-tiga penapis sahaja iaitu PPF, CTO dan GAC... yang kemudiannya aku minta beliau tengok akan perkembangannya.. sama ada product ROnya ok atau tidak...

Dan 2-3 hari yang lepas.. Long Nah beritahu lagi... masalah yang sama berlaku balik...


Apa yang aku dapat lihat... penapisnya amat kotor sekali... jadi pertama-tamanya.. aku tukar dulu PPFnya... dan kemudian aku buka pula membrane...



Didapati... membrane juga telah rosak.. rasa-rasa aku.. membrane dah hampir 2 tahun dah.. memang berbaloi guna sampai rosak... selalunya.. membrane ni ditukar antara 12 hingga 18 bulan sekali... jadi aku tukar membrane sekali dengan CLT-33...


Lihatlah... betapa kotornya PPF.. yang diselaputi lumpur... betapa teruknya air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa....


Selepas selesai semua penukaran penapis... test tengok performance.. alhamdulillah.. berfungsi dengan elok seperti sediakala...

p/s: jika ada sesiapa yang nak model ni... boleh call aku.. serta boleh dilihat di sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

13 Safar 1432 / 18 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...