04 Januari 2011

RIDE TO SBM BIGGEST GATHERING PART 4

Catatan Ayah

Sabtu / 1 Januari 2011

"Ping...ping...!!!!", terdengar bunyi hon motor... sapa lagi.. hon motor Super Yan ler.. menandakan kami akan bergerak balik selepas selesai beramas mesra...

Jam pun dah menunjukkan pukul 2:00 petang.. maka selesailah perjumpaan ni selama 3 jam kurang lebih.. begitu cepat rasanya masa berlalu..


Selepas masing-masing bersiap.. kami pun berkonvoi bersama-sama keluar dari Putrajaya.. jangan ada yang terikut geng-geng yang keluar melalui Shah Alam sudah.. jenuh nanti cari jalan..

Kami.. group dari utara terus bergerak ke Plus Highway.. mulanya bercadang untuk berhenti kat R&R Sungai Buluh.. tapi rancangan telah diubah disaat akhir.. dan R&R Rawang dipilih sebagai pitstop berikutnya..

Perjalanan dari Putrajaya ke Plus Highway agak lancar.. kenderaan tak banyak.. tapi bila dah masuk Plus Highway.. kenderaan semakin banyak.. mungkin pakat dok balik kampung kot..




Perjalanan kami kali ni disertai dengan Waddie14, Nabil dan Hj MojoBusa serta anaknya.. yang akan balik ke Pulau Pinang.. boleh ler aku join sampai Juru...

Sampai jer kat Rawang.. kami semua terus masuk ke kawasan R&R.. terus lepak kat kawasan gerai-gerai makan.. lama juga kami di sini.. ada yang makan nasi dan macam-macam.. cuma aku tak lalu nak makan.. dan dah memang jadi kebiasaan aku yang tak lalu makan bila buat long distance.. kalau lapar pun .. aku cuma makan benda-benda ringan saja.. alhamdulillah.. kat situ ada jual pau.. jadi makan pau saja ler..


Kat depan nampak dah macam gelap.. tak lama.. jeng jeng jeng.. hujan pun turun.. teringat cerita P Ramlee.. "Ani...kutip baju..hujan dah turun..."

Lama juga kami kat sini.. dok tunggu hujan berhenti.. aku pulak pakai siap-siap seluar hujan.. baju tu.. tengok keadaan macam mana..

Kat sini.. Super Yan dan groupnya terus bergerak ke Bukit Beruntung.. pi makan kenduri.. dan tinggallah kami yang akan bergerak ke Penang..

Sebelum tu.. kami singgah sekejap kat Petronas R&R Rawang untuk isi minyak.. aku tuang dalam RM10.69 kat kerbau aku ni..

Cuaca nampaknya semakin gelap.. dan berkemungkinan hujan akan kembali turun.. apa nak buat.. dalam kamus seorang rider.. sudah tertulis.. "Rider tak takut hujan.." tapi janji tayar kena elok.. kalau tak... faham-faham sendirilah yer..

Kami teruskan perjalanan.. tak lama.. tu dia..hujan dah turun balik.. lebat pulak tu.. jadi aku, Waddie14 dan ShukZ7 berhenti sat kat hentian sebelah... pakat capai baju hujan.. nasib baik aku dah pakai seluar hujan.. jadi sambung pakai baju hujan saja lah...

Kami teruskan perjalanan dalam hujan lebat.. sekejap lebat.. sekejap reda.. sekejap lebat balik.. kelajuan kami pun tak lah laju mana pun.. berhati-hati dengan keadaan jalan yang basah.. dan mana tau kot-kot jalan berminyak.. kalau jatuh motor.. teruk beb.. aku tau ler sebab aku pernah jatuh motor dulu.. sewaktu dok merempit dengan RXS dulu-kala..

Tapi.. bawa dalam hujan ni.. mengantuk juga.. tapi aku tetap berhati-hati.. tak lama kami sampai R&R Simpang Pulai.. jadi singgah dulu kat sini..



Selepas isi minyak kat Petronas Simpang Pulai ni dalam RM15... kami berenti sat sambil minum-minum kat dalam Petronas ni... dalam hujan-hujan ni.. pekena nescafe tarik dengan pau panas.. pergh!!!!.. cukup marbeles..



Kat sini.. kami berpisah dengan group Ipoh.. yang tak ikut Super Yan ke Bukit Beruntung.. yang tinggal aku, Waddie 14 dengan SV1000, Capt Mazli dengan ZX10 dan Hj MojoBusa dengan Hayabusanya menuju ke Penang.. manakala Nabil terus balik ke Penang dulu dengan Shiver 750nya bersendirian.. mungkin ada kerja kot..

Kami teruskan perjalanan kami.. bercadang akan berhenti sekiranya hujan lebat.. kalau tak.. kami akan berhenti kat Juru saja..

Tapi.. kami teruskan juga.. kerana keadaan cuaca hujan tak lama.. macam bertompok-tompok.. sekejap hujan.. sekejap tak..

Dan pantang jumpa jalan yang kering sikit.. Capt Mazli dan Waddie14.. bantai sampai 180 ke 190 km/j.. aku ikut saja setakat kemampuan ER6 ni.. tapi cecah jugak ler 190 km/j..

Dalam jam 6:30 petang.. akhirnya.. sampai juga kami kat Juru.. dan berhenti sekejap kat Shell Juru.. kat sini aku top-up petrol dalam RM18.37...



Dari Juru.. aku bersendirian balik Perlis.. lone ranger beb.. tapi no hal lah.. dah biasa ride sorang-sorang..

Ingatkan mendung sampai malam.. rupanya hujan diwaktu maghrib.. aku kena hujan lebat bermula dari Sungai Dua sampai Gurun...

Tapi.. aku tak berhenti pun... bantai juga dalam hujan... sampailah Tol Hutan Kampung.. tempat yang selalunya menjadi pitstop aku..

Rupa-rupanya.. ada road-block pulak kat laluan motor.. tak perasan pulak.. relax saja aku masuk parking.. sebab nak rehat sat.. dan abang-abang polis tu dok tengok saja.. macam tak puas hati..

Sambil aku dok simpan baju hujan.. seorang daripada polis trafik tu datang kat aku.. aku siap prepare buka wallet untuk tunjuk lesen.. mana tau kan..

Rupa-rupanya.. depa bukan nak check aku.. cuma nak tengok motor sambil bertanya-tanya aku review sikit ER6 ni.. jadi tak lah jadi sesi check mengecheck...

Lama juga dok bersembang dengan geng-geng trafik ni.. dah puas sembang.. aku pun dah mula rasa letih.. apa lagi.. sambung balik ler.. nak balik rumah..

Kali ni.. aku tak balik melalui Changloon seperti kebiasaan.. sebab jalan dari Changloon ke Arau agak berombak.. jadi bila ride waktu malam.. agak terganggu.. jadi aku masuk melalui Jitra dan terus ke Perlis melalui Kodiang..


Akhirnya.. dalam pukul 8:39 malam.. alhamdulillah.. aku selamat sampai rumah.. fuh!!!.. lega rasanya..


Dan... jarak yang aku lalui dari jam 4:30 pagi tadi hingga 8:40 malam adalah.. 1022.7km...

Dan pengalaman kali ni amat berbaloi.. amat menggembirakan walaupun agak penat.. semoga SBM akan menganjurkan lagi perjumpaan macam ni... boleh ride lagi...

Terima kasih kepada Super Yan dan Waddie14 yang lead konvoi.. dan juga kawan-kawan yang lain.. semoga nanti ada rezeki kita akan berjumpa lagi..

Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Mazlani, Don Jojo, Mike-Analyzer dan Mr Fry dalam perkongsian gambar-gambir..

Terima kasih kepada Sam Advo kerana sponsor t-shirt.. terima kasih juga kepada Tuan A-Bren kerana bagi "mapiao"..

Bila-bila lapang.. kalau datang Perlis.. contact aku.. kita pekena laksa Kuala Perlis ke.. ikan bakaq ker...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

  29Muharram 1432 / 4 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...