03 Januari 2011

RIDE TO SBM BIGGEST GATHERING PART 2

Catatan Ayah

Sabtu / 1 Januari 2011

OK... kita sambung lagi cerita yang aku tulis semalam.. bukan apa.. semalam mengantuk.. jadi sambung hari ni lah..

Selepas beramas mesra seketika di Caltex Lebuhraya Elite.. dan semua korum dah cukup.. maka Tuan Krambit memberi arahan untuk bertolak ke Putrajaya..

Jadi.. menderu-deramlah bunyi-bunyian motor.. yang kesemuanya kategori "hanyir"... hi hi hi.. ;-P

Semua bunyi ada.. bunyi pom pom pom.. bunyi vroom vroom vroom.. dan sebagainya..




Dari Lebuhraya Elite.. kami terus menuju ke Presint 15, Putrajaya.. tak tau pulak kat mana Presint 15 tu.. aku cuma ikut saja.. mana depa bawa.. ke situlah aku tuju..

Inilah kali pertama aku sampai Putrajaya dengan motor ni.. sebelum ni cuma dengan menaiki kereta saja.. tu pun ke Masjid Putrajaya sahaja.. tapi dalam menuju ke Presint 15 ni.. syok juga layan korner.. cuma short-corner saja..



Pusing punya pusing... rasa-rasanya dah sesat.. cari jalan tak jumpa.. matahari dah terpacak ni.. tapi tak pa.. semangat punya pasai..



Akhirnya.. sampailah kami ke kawasan lapang di hadapan Restoran Ali Bistro... kaya mamak ni hari ni.. ramai pelanggan..


Alhamdulillah... selamat perjalanan kami.. tanpa ada sebarang kemalangan.. nampaknya dah ramai orang dah sampai sebelum kami..

Apa lagi.. cari tempat parking.. lepak sekejap untuk relax.. sambil berkenal-kenalan..

Kemudian kami diarahkan untuk menyusun motor masing-masing untuk sesi gambar-gambir.. selepas susunkan motor aku.. aku pusing-pusing tengok motor.. dah macam Motor Bike Week pulak.. dan dah macam pameran motor.. macam-macam jenis motor..

Selain dok pusing tengok motor.. syok juga dok tengok gelagat masing-masing.. berbagai kerenah.. terutama Super Yan.. suka sungguh menyakat orang.. tapi yang penting semua pakat bergumbira.. =)

Lepas dok pusing-pusing sambil ambil gambar.. aku terus ke meja organiser.. ambik t-shirt.. tapi malangnya saiz XL habis.. yang tinggal hanya saiz S saja.. jadi aku ambik saja saiz S.. bagi kat anak aku.. terima kasih SBM Motorsport sebab sponsor t-shirt..

Ralit juga dok tengok motor dan gelagat orang.. teruja beb.. :-O.. sampai Tuan A-Bren tegur pun tak sedar.. maaf tuan sebab tak sedar kehadiran tuan... dan terima kasih kerana bagi "mapiao".. he he he .. =)

Tak lama.. kami dipanggil untuk berdiri kat motor masing-masing untuk sesi bergambar...

Ni adalah serba sedikit gambar-gambir... sebagai sedikit kenangan...


A-Bren dengan motor Versys 2011 yang digunakan dari KL-London EM1M











































Katanaheidi.. selaku organizer sedang diperkenalkan oleh Super Yan..

Selepas sesi bergambar.. maka berkeliaranlah kami semua mencari tempat teduh.. panas beb.. tapi seronok.. ;-)

Kami diberi masa selama 1/2 jam untuk aktiviti bebas.. sambil beramas mesra.. sebelum berkonvoi ke Masjid Putrajaya untuk sesi bergambar lagi..

Masing-masing berlepak kat Restoran Ali Bistro ler.. sambil minum-minum dan bersembang..





Sejarah tercatat.. lebih kurang 200 buah motor dari sekecil-kecil kapcai hingga sebesar-besar Goldwing.. dapat berkumpul.. orang apa tah lagi.. ada yang datang solo.. ada yang datang dengan isteri.. ada yang datang dengan anak.. ada yang datang dengan awek.. malah ada yang datang dengan family berkereta.. cukup meriah..

Selepas ni kami akan berkonvoi ke Masjid Putrajaya pulak..

p/s: terima kasih kepada Tuan Mazlani, Don Jojo dan Mr Fry.. atas perkongsian gambar..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

28 Muharram 1432 / 3 Januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...