08 Januari 2011

REPAIR SHIMADZU MUX100-H

Catatan Ayah

Khamis / 6 Januari 2011

Bulan lepas.. mobile x-ray Shimadzu telah rosak akibat AC filter telah terbakar.. 2-3 hari lepas.. spare-part yang aku order dah pun sampai.. jadi hari ni sambung buat pemasangan.. minta-minta tu.. OK ler..


Kali ni juga.. aku minta tolong dengan Shidah dan Fariha untuk bantu.. nak buat macam mana.. dah tua.. dah tak larat nak buat sorang-sorang.. heh heh heh.. =P


Spare-part ni.. tak taulah.. HQ beli kat mana.. dulu katanya nak beli kat Trust Engineering.. tapi aku bagitau HQ yang Trust Engineering dah bukan jadi authorise vendor Shimadzu.. sebaliknya Shimadzu (M) Sdn Bhd yang telah jadi authorise vendor.. jadi belilah saja kat Shimadzu sendiri.. senang sikit.. tak ler pending lama sangat.. dan akhirnya.. dapat spare-part ni.. aku tak kisah.. nak ambik kat mana pun.. janji aku dapat spare-part dan dapat selesaikan masalah ni..


Apalagi.. perkara yang pertama.. buka cover ler.. tapi sebelum tu.. jangan lupa... offkan circuit breaker dan power off dulu.. dan kena berhati-hati sebab mesin ni guna 16 biji bateri 6V secara siri..


Sebelum buat pemasangan ac filter yang baru.. aku lihat-lihat kepada kapasitor yang menghubungkan output ac filter ke ground.. lihat keadaan kapasitor.. nampak macam dah tak berapa bagus dah.. rasa-rasanya nak kena tukar ni.. tapi.. pasang dululah ac filter ni tengok.. nak jadi apa..












Tapi.. sebelum dismantle ac filter yang lama.. kena pastikan dulu.. macam mana penyambungan asal.. sebab.. masalah utama dalam kerja repair x-ray ni.. adalah ketiadaan circuit diagram.. so kena betul-betul pastikan penyambungan asal.. supaya nanti bila dah pasang part yang baru.. kalau penyambungan silap.. habis rosak part tu.. jenuh pulak kalau nak order baru.. sebab spare-part x-ray ni mahal-mahal..



Bila semua dah siap dibuat marking.. barulah boleh dismatle ac filter ni.. tu pun kena berhati-hati.. bukan apa.. kot-kot skru hilang.. sebab semua skru yang digunakan adalah bebas magnet.. bila bebas magnet.. payah sikit sebab skru tu tak melekat kat screw driver..


Bila dah siap dibuka.. maka.. pasanglah spare-part yang baru.. mudah-mudahan okey la kot.. ;-P


Semua dah siap dibuat pemasangan.. serta dengan segala connection.. apalagi.. masukkan plug ke socket.. onkan circuit breaker.. tiba-tiba.. terdenganr bunyi.."bbzzzzzzzz...", bunyi apa tu?...:-(

Tengok-tengok.. nah!!!... kapasitor yang aku agak rosak tu terbakar.. berasap.. hangit satu department..




Tepat agakan aku.. kapasitor ni telah rosak sebelum ni.. kapasitor ni telah short.. akibatnya.. berlaku short-circuit ke ground.. yang mengakibatkan sedikit kebakaran pada kapasitor tu dan menyebabkan sistem elektrikal kat JPD telah trip..

Nampak gayanya.. kena order kapasitor ni dululah.. baru boleh sambung kerja-kerja pembaikan.. mujur Zul (RH) datang ke Kangar hari ni.. boleh pesan kat dia untuk beli kapasitor yang baru kat Alor Star.. kalau nak harap kat Kangar.. rasa-rasanya tak ada spare-part nih... ;-P

p/s: terima kasih diucapkan kepada Shidah dan Fariha.. kerana membantu.. dan dapat pengalaman serba sedikit...

"Pengalaman membentuk keperibadian.."

3 Safar 1432 / 7 Januari 2011

5 ulasan:

  1. mesin ni adalah mesin x-ray portable.. yang banyak terdapat di hospital-hospital..

    BalasPadam
  2. mbak ada service manual nya.....nak saya butuh di tempat saya lagi eror.....please can help me....send to mail ( andredya@ymail.com )

    BalasPadam
  3. Mohon bantuan. Error code S12 Shimadzu MUX100H. What the problem?

    BalasPadam
  4. Shimadzu MUX100H..error code S12. Index exposure low?. Atau apa masalahnya. Perlu calibration?

    Terima kasih.
    Shaidin Kelantan Malaysia.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...