07 Januari 2011

REPAIR KXO-80G DI HSB...

Catatan Ayah

Rabu / 5 Januari 2011

Hari ni.. aku ride ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan "kerbau hitam"ku.. atas permintaan oleh Syaiful untuk menolong pemasangan magnetic arm untuk collimator General X-ray KXO-80G.. sebagai sebahagian daripada program Mentor-Mentee..

Perjalanan hari ni.. seperti biasa aku melalui Changloon dan keluar melalui Tol Langgar.. terus ke HSB.. dan alhamdulillah.. hari cuaca agak baik.. tapi sejuk dan nyaman sepanjang perjalanan..

Sebaik sampai di sana.. kami terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik.. dan turut bersama kami.. Denesh..


Sebelum pemasangan dibuat.. collimator perlu dibuka dulu.. tetapi collimator ni agak berbeza dengan collimator yang terdapat kat Kangar.. walaupun model yang sama.. perlu dibuka lebih kurang 8 skru allen key.. yang berbeza dengan kat Kangar.. yang hanya perlu buka.. 4 skru sahaja..

Sebelum tu.. kami perlu gunakan sebatang kayu sebagai penyendal.. bagi mengelakkan daripada tiang arm tersebut ditarik ke atas.. disebabkan oleh counter weight balance..


Selesai collimator dibuka.. apa yang kami dapat lihat.. untuk membuka magnetic arm itu.. sebiji motor kecil di dalam magnetic arm tersebut perlu dibuka dahulu dan x-ray tube juga perlu dibuka..

Jadi.. Syaiful telah membuka motor tersebut.. dan kemudiannya.. kami telah meleraikan pengikat x-ray tube dan menanggalkan x-ray tube itu.. bukan main beratnya x-ray tube tu.. ;-P



Terdapat 4 skru allen key yang memegang magnetic arm tu.. dan cukup ketat.. hampir kami tak dapat menanggalkannya.. akhirnya.. perlu dibuka dengan sebatang besi.. cari punya cari.. maka dapat sebatang besi.. try longgarkan skru-skru tersebut.. dan akhirnya berjaya dibuka.. alhamdulillah.. =)


Selepas berjaya ditanggalkan magnetic arm yang rosak tu.. lalu kami pun pasanglah pulak magnetic arm yang baru.. dan untuk mengetatkan kembali 4 skru tadi.. kami gunakan kaedah tadi dengan menggunakan batang besi paip tadi..


Apabila dah selesai buat pemasangan magnetic arm yang baru.. maka kenalah pasang balik x-ray tube.. tapi sebelum tu.. pasang dulu pemegang x-ray tube.. bila dah pasang pemegang x-ray tube.. maka aku dan Syaiful pun angkat dan pasang x-ray tube.. amboi.. berat bukan main.. :-P



Dah selesai pasang balik x-ray tube.. maka.. Syaiful terus buat penyambungan kabel kepada motor baru yang ada di dalam magnetic arm yang baru.. dan motor baru juga dipasang kembali dan diketatkan ikatan skrunya..



Selesai pemasangan kabel tersebut.. lalu pemasangan balik collimator dilakukan.. akhirnya semua pemasangan dilakukan.. jadi ujian perlu dilakukan bagi menentukan semua fungsi collimator dalam keadaan baik..

Maka ujian pusingan vertical dari 0 darjah hingga 360 darjah dilakukan.. dan didapati dalam keadaan baik.. begitu juga ujian pusingan horizontal.. pun dalam keadaan baik..

Kemudian ujian x-ray dilakukan untuk melihat zon dedahan x-ray.. untuk memastikan collimation dalam keadaan baik.. dan didapati.. dalam keadaan baik.. maka selesailah task ni dengan jayanya..

Dan maka.. selesailah lagi satu program mentor-mentee di antara kami bertiga yang telah disusun.. alhamdulillah.. :-D

Selesai.. kami pun keluar makan.. nasi ayam yang berdekatan dengan HSB.. dan di situ juga terletaknya nasi lemak Royal yang dikatakan sangat sedap.. cuma nasi dah tinggal sikit.. jadi kami layan nasi ayam sajalah..

Perut dah kenyang.. terima kasih Syaiful sebab belanja makan..=)

Jadi.. baliklah.. seperti datang tadi.. aku balik melalui Changloon juga.. saja malas nak ikut jalan biasa.. banyak sangat traffic light.. kalau balik ikut Changloon.. boleh shoot laju sikit..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

2 Safar 1432 / 7 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...