10 Januari 2011

QA TEST TOSHIBA KXO-80G

Catatan Ayah

Sabtu / 8 Januari 2011

Hari ni kena kerja full day pulak.. macam kebiasaan.. hari sabtu ke-2 setiap bulan.. kami kena kerja.. kalau dulu.. sabtu ke-2 dan ke-4.. half day..

Nak buat macam mana.. dah kerja makan gaji dengan orang.. kalau kerja sendiri tu tak per lah..

Disebabkan tools nak hantar ke HSB.. maka hari ni.. aku gagah juga buat QA test untuk General X-ray Toshiba KXO-80G.. sementara ada Syikin dan Fariha ni.. ringan sikit kerja.. dan boleh kongsikan sikit pengalaman dan ilmu yang tak seberapa ni..

Hari ni.. kami buat QA test untuk Toshiba KXO-80G.. yang mana mesin ni baru saja siap dibaiki oleh Abex akibat ditenggelami banjir tahun lepas.. dan mesin ni baru saja ditukar generator tank dan transformer.. cuma table yang belum ditukar lagi..

Alhamdulillah.. Syikin dan Fariha banyak membantu.. dan nampaknya.. mereka ni cepat faham dalam setiap perkara dan step-step semasa buat  QA test ni..

Kerja-kerja ujian berlangsung selama lebih kurang 5 jam.. lenguh juga kaki dok keluar masuk bilik x-ray.. dan akhirnya lebih kurang jam 1:00 tengah hari.. semua siap.. cuma nak kena balik office untuk buat report nanti.. kemudian hantar ke HQ untuk certification.

Jom.. kita layan gambiran.. tengok bagaimana Syikin dan Fariha buat test ni.. sambil diselia oleh aku.. bagi memastikan segala peraturan dan langkah-langkah berjaga dalam menjalankan ujian ni dipatuhi.. mengikut standard MS838..

Sedang menyediakan meter untuk pemeriksaan ketepatan kV.. sambil tersenyum simpul.. :-D

Amacam.. tau dak nak setting tu.. ;-)

Jangan silap ambik bacaan.. yer..:-D

Apa yang di snap tu..?

Kira betul-betul.. math ngan fizik.. penting ooo..;-P

Adjust elok-elok.. jangan senget..

Inilah CR yang digunakan untuk develop image sebelum diprint atas filem..

Apa yang direnungkan tu.. Syikin..?

Salah satu ujian dalam QA test... iaitu image quality..

Antara imej yang terhasil.. dok kira apa tu Fariha..?

Ada masalah ker.. Fariha..?

Hasil imej dari ujian focal spot..

Ujian terakhir.. jangan silap ambil bacaan yer...

Amboi.. seronoknya bila kerja dah siap...

Tapi.. sebenarnya.. tak siap lagi kerja tu.. balik aku nak kena buat report pulak.. untuk hantar ke HQ untuk certification..

Amacam.. Syikin dan Fariha.. lepas ni dah pandai kot untuk buat QA test.. bukannya susah pun..

p/s: terima kasih kepada Syikin dan Fariha kerana membantu..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

5 Safar 1432 / 10 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...