16 Januari 2011

QA TEST OEC 7700

Catatan Ayah

Khamis / 13 Januari 2011

Hari ni... sekali lagi ride ke HSB.. kali ni untuk buat QA test untuk C-Arm GE OEC 7700 Series.. yang juga sebahagian daripada program mentor-mentee...


Seperti juga kelmarin... turut serta kali ni adalah Syaiful dan Denesh...

Sebelum tu.. kena ambil mesin dulu kat CCU.. sebab mesin ni ditempatkan di CCU... kemudian pindahkan ke JPD... senang untuk buat test dan develop filem...

Semua ujian yang dilakukan tiada masalah... (sambil bagi penerangan kat Syaiful dan Denesh cara-cara untuk buat test)... cuma dapat detect yang image quality out of range...


Menurut Syaiful... sebelum ni... mesin ni ada dibaiki dan telah ditukar camera unit... dan berkemungkinan perlu dibuat calibration...

Nak jadi cerita... kebetulan seorang engineer dari GE telah datang... dan kami telah minta untuk dia tolong tengokkan mesin ni....

Kepompom... mesin ni perlu dibuat calibration... jadi kami tinggalkan test yang menggunakan camera dan kami test bahagian yang lain...

Alhamdulillah... semua selesai kecuali bahagian image quality yang perlu dibuat calibration... jadi test ni akan bersambung selepas mesin ni dibuat calibration... dan cuma GE sahaja yang boleh buat calibration... kerana kami tidak mempunyai software...

Selesai segala tugasan... aku pun balik... sekali lagi ditimpa hujan... cuma kali ni hujan start dari Alor Star hingga Jitra.. kemudian hujan balik dari Changloon hingga ke rumah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

11 Safar 1432 / 16 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...