15 Januari 2011

PILI BOMBA

Catatan Ayah

Selasa / 11 Januari 2011

Hari ni aku ada assessment mentor-mentee kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star... dan semestinya aku ride ke sana...

Program berjalan dengan lancar... dan tanpa ada sebarang masalah.. selepas rehat.. sewaktu masuk balik ke bilik seminar... ternampak satu objek...


Mungkin.. jika dipandang sekali imbas.. tak ada sebarang masalah dengan gambar ni... apa yang dapat dilihat dari sini.. cuma dapat dilihat motorsikal-motorsikal yang diletakkan di tepi laluan jalan kaki... yang berkemungkinan akibat kurangnya tempat meletak motorsikal...


Bila dilihat dari jarak dekat sikit.. baru jelas kelihatan...kedudukan pili bomba... yang dikelilingi oleh motorsikal.. bukan sedikit motorsikal yang diletakkan di situ... tapi agak banyak juga... dan sempat juga aku  bertanya staf di sini... adakah situasi ni cuma hari ini sahaja atau setiap hari... dan menurutnya... situasi ini adalah setiap hari...


Kawasan ini adalah dalam kawasan hospital kerajaan... dan cuba bayangkan jika kebakaran berlaku dan ianya di dalam kawasan hospital... dan aku juga difahamkan... pihak bomba selalu mengadakan latihan kebakaran di sini dan tunjuk ajar kepada semua staf... adakah ini berlaku sebab sikap tidak tahu atau sikap ambil tak endah?

Pada pandangan aku, walaupun tempat meletakkan motorsikal agak berkurangan berbanding tempat meletak kereta, tidak sepatutnya diambil keputusan meletakkan motorsikal di sini... malahan banyak lagi tempat letak yang lain boleh digunakan... asalkan agak berjauhan dengan pili bomba... demi kesenangan pihak bomba menjalankan tugasan jika kebakaran berlaku... kerana kita tidak tahu bila kemalangan dan kebakaran akan berlaku...

p/s: pendapat aku sebagai salah seorang penunggang motorsikal...

"Pengalaman menbentuk keperibadian..."

10 Safar 1432 / 15 Januari 2011

2 ulasan:

  1. hospital tak cukup tempat parking. tambah pulak ramai benar yg nak jalan dekat...

    BalasPadam
  2. apa yang saya tengok.. kebanyakannya tempat parking kereta.. dan memang betul tempat parking motorsikal amat berkurangan... tapi seboleh-bolehnya.. parkinglah jauh sikit dari pili bomba...

    sekadar pendapat saya...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...