19 Januari 2011

PILI BOMBA 2

Catatan Ayah

Tarikh: Rabu / 19 Januari 2011
 Lokasi: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
Jam: 10 pagi

Pertama-tama sekali... aku ingin memohon ribuan kemaafan... jika tampalan ini secara tidak langsung menyentuh sikap pembaca..

Bukan niat untuk mencari salah sesiapa.. cuma sebagai peringatan buat aku sendiri dan anak cucu aku... semoga pengalaman aku sekeluarga yang dicoretkan di sini mampu memberi sedikit ilmu dan manfaat kepada anak cucu aku nanti... InsyaAllah...



Lokasi ini...terletak di belakang Makmal Patologi... bersebelahan dengan Jabatan Dietetik atau dengan kata lain... dapur juga berdekatan dengan bangunan yang menempatkan punca kuasa TNB dan Gen-Set... kawasan ini juga telah dicatkan dengan petak garisan kuning... jika kita pernah mengambil ujian lesen memandu... sudah pasti kita semua tahu... akan makna garisan kuning tersebut serta jarak yang dibenarkan meletakkan kenderaan dari pili bomba... kecualilah jika seseorang itu dapat lesen "terbang"...


Pemandangan kenderaan yang diletakkan dalam garisan kuning serta berdekatan dengan pili bomba di lokasi ini... boleh dikatakan sama sahaja setiap hari... cuma yang membezakannya adalah kenderaan yang berlainan.. seolah-olah.. siapa yang datang awal... boleh letak kenderaan dia kat sini...


Bukannya tiada tempat meletak kenderaan di kawasan hospital ni... dah tersedia.. malahan masih lagi luas terbentang... dan memang diakui agak jauh sikit dari sini... tapi taklah sampai 1 km... ada ler beberapa meter dari sini... dan kena berjalan sikit... tapi bila sudah fikir akan kesenangan sendiri... maka sebarang kemungkinan yang lain sudah tak diambil kira... malahan.. siapa yang akan ganggu parking di sini... bukannya ada polis atau penguatkuasa yang akan datang saman... mungkin itu yang terdetik di hati masing-masing...

Tapi... sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab serta penjawat awam yang berdisiplin.. seharusnya menjadi contoh kepada orang lain...

Pernahkah terfikir dibenak mereka... betapa pentingnya pili bomba di situ... dan mengapa telah dibuat garisan kotak kuning yang besar di situ... dan sedarkah mereka bahawa berdekatan adalah bangunan P/E TNB... dan dapur hospital... yang kedua-duanya mempunyai risiko kebakaran yang tinggi....

Sekali lagi aku memohon ribuan kemaafan....

p/s: marilah kita sama-sama menjadi warganegara yang bertanggungjawab serta contoh kepada anak cucu kita...

14 Safar 1432 / 19 Januari 2011

2 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...