17 Januari 2011

PENTINGNYA JAWI...

Catatan Ayah

Sabtu  / 15 Januari 2011

Hari ni... aku dan isteri telah menghadiri majlis perjumpaan antara guru-guru PASTI dengan ibu bapa.. ramai juga yang datang..


Taklimat perjalananan pengajian di PASTI telah diterangkan oleh para guru disamping silibus yang diajarkan kepada anak-anak...

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis.. iaitu Ustaz Yaakob.. dalam ucapan.. beliau ada menceritakan kejadian yang telah berlaku baru-baru ni di salah sebuah sekolah aliran agama di Perlis... untuk memasuki sekolah berkenaan... para pelajar akan ditemuduga... dan dari 20 orang yang ditemuduga... hanya 9 orang saja yang lulus...

Kebanyakan yang gagal adalah kerana tidak dapat menulis jawi... membaca jawi... serta tidak boleh membaca Al-Quran.. walaupun hanya surah Al-Fatihah...

Jika sampai umur 12 tahun... masih tak mampu membaca Al-Quran.. ini sudah dikira kes parah... jadi bila tak boleh baca Al-Quran... macam mana nak solat.. bila tak solat... mana nak lekat iman di dada.. dan bila tiada iman di dada... jadilah macam-macam kes sekarang ni yang melibatkan remaja... seperti yang kita dengar dan tengok serta baca...

Sebab itu..dalam silibus PASTI... pelajar diajar menulis jawi serta membaca Iqra serta Al-Quran seawal umur 4 tahun...

Marilah kita bersama-sama berusaha agar anak cucu kita nanti tidak buta Al-Quran...

p/s: mudah-mudahan anak cucu aku sentiasa dirahmati Allah Taala...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

12 Safar 1432 / 17 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...