07 Januari 2011

PENGUMUMAN MAIPs..

Catatan Ayah

Jumaat / 7 Januari 2011

Tadi.. selepas sembahyang jumaat.. Imam Sobri.. Imam Masjid Kg Sentua.. telah membuat satu pengumuman..

Telah disepakati oleh Jawatan Kuasa Fatwa Jabatan Mufti Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs).. umat Islam yang mengikuti aliran Syiah dilarang untuk berkahwin dengan rakyat negeri Perlis yang mengikut Sunnah Wal Jamaah.. jadi ibubapa yang nak kahwinkan anaknya.. lepas ni kena tanyalah bakal menantu sama dia Syiah atau Sunnah Wal Jamaah..

Juga telah disepakati oleh MAIPs.. mengenai kursus motivasi modul program ESQ.. telah tidak dibenarkan dijalankan kursus-kursus modul program ESQ serta buku-bukunya di dalam negeri Perlis.. juga rakyat negeri Perlis juga tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus-kursus modul program ESQ ni..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

7 Januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...