23 Januari 2011

PEMBUAT KOPI...

Catatan Ayah

Khamis / 20 Januari 2011

Pertama-tama sekali.. aku dan rakan-rakan office mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nadzi kerana telah menyediakan coffee maker di office...

Photobucket

Ini adalah pengakuan jujur aku... nilah kali pertama aku tengok coffee maker secara live.. yang mana selama ni.. aku hanya lihat kat kedai saja... cuma kali ni.. dapat lihat dan tengok dan kaji fungsinya... maklumlah aku ni cuma orang kampung saja... ;-)

Apa yang aku lihat... kita perlu masukkan air ke dalam bahagian coffee maker ni... masukkan kopi dan gula.. kemudian onkan coffee maker ni... dan tunggulah beberapa minit... dan kopi siap untuk diminum...

Photobucket

Moden dan menyenangkan..... tapi... ada tapinya.. apa yang aku nampak.. agak lambat.. walhal jika kita ambil teko tu.. masukkan kopi dan gula.. masukkan air panas.. dah siap.. tak sampai beberapa minit... tapi bila guna coffee maker ni... lambat sungguh nak tunggu air kopi tu masak... :-(

Cuma.. bila guna coffee maker ni.. kita tak perlu kacau dan tapis kopi tu....

Apa-apa hal pun... terima kasih banyak-banyak Nadzi kerana meletakkan coffee maker ni kat office... boleh minum kopi selalu... :-D

p/s: Nadzi, semoga hang selalu mendapat kerahmatan Allah Taala dan murah rezeki....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

18 Safar 1432 / 23 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...