08 Januari 2011

PASAR BESAR KANGAR (BARU)

Catatan Ayah

 Khamis / 6 Januari 2011

Semenjak Pasar Besar Kangar yang terletak di belakang Bangunan KWSP ditutup dan dibuka yang baru kat Kampung Bakau.. ni lah kali pertama aku ke sana..


Kebetulan Abang Mi dari HQ datang.. jadi kami satu office pun ajaklah dia sarapan kat Pasar Besar Kangar (Baru).. Pasar Baru ni terletak di Kampung Bakau.. lebih spesifik lagi.. kat belakang flat Kampung Bakau dan berdekatan dengan Pasar Borong..

Apa yang aku lihat.. pasar besar ni nampak lebih bersih dan teratur.. dan sekarang.. Pasar Borong ditutup jam 8 pagi bagi memboleh orang ramai yang nak beli keperluan.. terus ke pasar besar.. dan tidak lagi ke pasar borong..

Tempat parking pun banyak.. dan masih free.. berbanding dengan tempat lama.. dan yang penting.. tidak sesak dengan lalu lintas..


Gerai-gerai nasi kandar yang dulunya terletak berhampiran dengan pasar besar juga telah dipindahkan ke sini.. dan dinamakan Medan Selera Sena..





Keadaan gerai-gerai sekarang masih sama dengan yang dulu.. dan yang paling ketara adalah kebersihan dan teratur..

Tapi.. setiap sesuatu mesti ada pro dan kontra.. keadaan lebih selesa.. tapi pada pemikiran aku.. ada kemungkinan pelanggan mereka ada sedikit berkurangan.. sebab dulu gerai-gerai ni berada di tengah-tengah Bandar Kangar.. jadi pelanggan amat banyak sekali.. dan menjadi tumpuan.. tapi sekarang.. kedudukannya agak terpinggir di tepi Bandar Kangar.. jadi tak banyak orang akan keluar bersarapan hingga ke situ.. itulah saja kelemahan yang aku nampak.. tapi rezeki ada di mana-mana.. yang penting .. usaha..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

8 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...