06 Januari 2011

PASANG FRP KAT GURUN

Catatan Ayah

Ahad / 2 Januari 2011

Petang tadi.. dalam pukul 3:00.. aku dan Own dapat lagi satu projek pemasangan FRP..

Kali ni kami pasang FRP kat Gurun iaitu kat bengkel kerusi simen milik Bang Lan V-Six Trading..

Bengkel ni terletak di tengah-tengah pekan Gurun, bersebelahan dengan Pusat Guru Utama, Gurun..

Tujuan pemasangan FRP ni adalah untuk menapis air telaga yang telah dikorek untuk kegunaan pekerja Bang Lan.. untuk keperluan harian dan kegunaan untuk membancuh simen untuk membuat kerusi simen..

Pasaran kerusi ni amat luas.. sehingga hampir ke seluruh semenanjung.. satu kejayaan yang cemerlang bagi Bang Lan.. yang hanya bermula dengan membuka bengkel membaiki kereta.. sehingga sekarang mempunyai beberapa cawangan bengkel kereta dan bengkel membuat kerusi simen ni..


Pemasangan FRP ni.. dibuat dibelakang bilik air.. Kami juga telah membantu pekerja Bang Lan untuk membuat penyambungan ke telaga..

Selepas dibuat ujian.. alhamdulillah.. FRP ni mampu menapis air dengan elok sekali.. yang mana sebelum ni.. air yang keluar berwarna keperangan akibat telah bercampur dengan tanah.. selepas pemasangan FRP ni.. air yang keluar kelihatan jernih.. :-)

Selepas pemasangan.. kami ronda-ronda melihat sekeliling bengkel.. amat luas sekali.. dan mengikut kata Bang Lan.. tempahan amat banyak sekali..





Selepas kerja-kerja pemasangan siap dalam masa sejam.. dan selepas meronda-ronda melihat kawasan.. Bang Lan telah membawa kami makan kat sebuah gerai makan di kaki Gunung Jerai..

Rupa-rupanya.. kat kaki Gunung Jerai ni ada gerai.. sedap pulak tu.. tapi sayangnya kurang promosi.. mungkin ramai yang belum tahu akan kewujudan gerai ni.. nanti bila-bila datang ke Gurun lagi.. boleh singgah sini untuk menjamu selera..

Alhamdulillah.. produk-produk kami telah sampai hingga ke Gurun..

p/s: kalau ada sesiapa yang ingin membeli kerusi simen yang selalunya diletakkan di halaman rumah atau taman-taman permainan.. bahkan di kedai-kedai makan.. boleh contact aku.. boleh aku recommend kepada Bang Lan.. mudah-mudahan hangpa dapat diskaun sikit.. he he he ... :-D

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

1 Safar 1432 / 6 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...