11 Januari 2011

ON CALL LAB

Catatan Ayah

Ahad / 9 November 2011

Hari ni.. hari ahad.. hari cuti hujung minggu untuk semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu.. dan hari ni juga adalah hari rehat bersama keluarga..

Tapi.. bagi kami yang kerja kat hospital ni.. ada on-call.. dan minggu ni kena giliran aku.. jadi terpaksa batalkan plan nak ride ke Cameron Highland..

Walaupun on-call.. kekadang tu.. tak dak call pun.. ikut nasib ler..

Tapi hari ni.. sekali ada call pulak.. pagi-pagi buta pulak tu.. dan aku kena call kat Lab patology.. iaitu Hematology Analyzer tak dapat digunakan..

Dah ler aku ni allergic sikit dengan barang-barang lab ni.. tapi aku gagah juga untuk attend call ni.. belum cuba belum tahu.. jangan mengaku kalah sebelum berjuang..

Sampai saja di sana.. user kata.. ada error.. jadi aku call Nadzi dan Zamri.. tapi malangnya.. Zamri balik Guar Cempedak.. dan Nadzi kena mengasuh dan tak dapat mai hospital.. jadi pilihan yang ada.. minta Nadzi advice.. apa nak buat thru' telefon..


Mula-mula.. Zamri suruh check sama ada.. setiap botol WC1 dan WC2 ada masalah.. dan apa yang aku nampak macam tak dak masalah.. lepas tu aku minta advise Nadzi pulak..


Menurut Nadzi.. besar kemungkinan valve 18 telah block.. jadi kena buka dan bersihkan kotoran yang tersangkut dalam valve tu.. tapi kalau nak buka.. kena berhati-hati.. lagi satu.. skru dia dari jenis yang halus.. dan kena buka perlahan-lahan agar spring kat dalam valve tu tak terpelanting..


Jadi.. aku ambil risiko untuk buka.. sebab dalam hidup.. risiko perlu diambil.. apa yang tak dak risiko dalam kehidupan kita ni.. naik basikal pun ada risiko.. apa yang penting.. cara kita handle risiko tu.. jadi risiko yang aku ambik untuk buka valve tu.. kena berhati-hati supaya benda-benda kat dalam valve tu tak terpelanting..

Selepas buka.. ternyata memang ada kotoran yang menyebabkan valve tu block.. jadi aku cuci valve tu dan pasang balik..

Bila on.. mesin masih tak dapt berfungsi dengan elok.. selepas sembang dengan Nadzi.. try buat rinsing.. 2-3 kali buat.. alhamdulillah.. analyzer ni dapat berfungsi dengan elok.. hampir 4 jam juga dok buat benda ni.. lepas tu tunggu user guna hingga puas hati..

p/s: terima kasih Nadzi dan Zamri.. atas pertolongan..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

6 Safar 1432 / 11 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...