29 Januari 2011

LTDL 2011

Catatan Ayah

Isnin / 24 Januari 2011

Dok tak dok.. hari ni pi kerja.. jem pulak dalam Kangar.. persimpangan Balai Polis Trafik tutup.. kena pusing kat Perodua dan masuk balik ikut jalan depan Bank Pertanian.. pusing sana.. pusing sini.. baru boleh sampai office.. nasib baik naik motor.. kalau naik kereta.. parah jugak ler...

LTDL 2011 LTDL 2011
LTDL 2011 LTDL 2011

Ni adalah gara-gara perlepasan Le Tour de Langkawi 2011 yang baru saja dirasmikan kelmarin di Langkawi.. dan hari bermula untuk hari ke-2 dari Kangar ke Butterworth..

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Jadi... selepas meeting pagi.. kami pun keluar untuk minum pagi... Ya Allah.. punyalah sesak.. nak keluar dari kawasan hospital pun payah.. semua pintu masuk keluar hospital sesak... bahkan 2 buah ambulan pun tersangkut kat tengah-tengah kesesakan..

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Pendapat aku... sepatutnya perlepasan ni dibuat di Stadium Utama Kangar.. tak mengganggu dan mengakibatkan kesesakan.. bila dibuat di tengah-tengah bandar Kangar.. bersebelahan dengan hospital pulak tu.. tu yang mengakibatkan kesesakan.. jika melibatkan kesesakan orang ramai tak pa lagi.. tapi bila dah melibatkan 2 buah ambulan yang hendak keluar mengambil pesakit.. ni dah kes yang pada aku agak serius..

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Akhirnya.. selepas pusing-pusing mencari jalan keluar.. kami berjaya keluar dari kawasan hospital dan kami tuju ke arah Jejawi dan berhenti sarapan kat Al-Saggoff.. kebetulan ini juga adalah laluan LTDL ni.. dari Kangar.. melalui Jejawi.. Arau... Kodiang.. dan terus menuju ke Butterworth..

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Tak lama sambil dok makan kat Al-Saggoff.. kelompok LTDL ni pun sampai.. sebelum tu mereka didahului oleh pasukan trafik polis.. yang menunggang ST1300 dan VFR800.. dan kesemuanya dari KL.. best jugak tengok depa ni.. geng-geng SBK pun ada yang turut serta yang membawa jurukamera dan sebagainya...

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Dalam banyak-banyak geng trafik dan SBK ni.. aku berkenan dengan jacket yang depa pakai.. yang warna kuning.. ala-ala jacket polis.. kalau tak salah aku IZ2 punya.. yang baru-baru ni aku tengok kat Bikers Gallery... kalau ada rezeki nanti boleh beli...

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Kebanyakan orang kat dalam kedai Al-Saggof dan kedai-kedai berhampiran pakat keluar habis.. dok tepi jalan.. tengok geng-geng LTDL ni... ramai jugak depa ni.. tapi dah baru dilepaskan dari Kangar.. tak la depa ni kayuh laju pun.. nampak maintain jer.. yang syoknya bila tengok kat zon-zon pecut.. baru best...

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Kalau berpeluang ikut konvoi sekali-sekala dengan LTDL ni mesti syok.. aku pun terasa teringin juga nak ikut..  kalau ada peluang.. ikut naik motor.. mesti best.. kalau ada offer minta jadi pemandu bawa jurukamera ker.. kan best...

LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011 LTDL 2011

Lepas ni.. macam tahun-tahun yang lepas mesti akan ada lelong kereta-kereta proton yang digunakan ni.. sapa-sapa yang nak beli kereta boleh standby duit.. he he he he .. ;-)

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

24 Safar 1432 / 29 Januari 2011

2 ulasan:

  1. Salam.
    Waaaa.... sioknya dapat tengok ltdl.
    Ni dah seharian hujan ni. kesian dorang berlumba dalam hujan kan?

    BalasPadam
  2. hujan dan panas adalah adat..

    jika hati kuat.. segala rintangan mampu dilepasi...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...