22 Januari 2011

HELMET

Catatan Ayah

Selasa / 18 Januari 2011

Helmet... atau topi keledar... salah satu riding gear yang amat penting bagi penunggang motorsikal...

Photobucket

Satu-satunya perisai untuk kepala semasa menunggang... jika tiada helmet ni... dan jika berlakunya kemalangan... akibatnya amat buruk sekali jika tak pakai helmet ni... mau pecah kepala jika terhentak...

Photobucket

Ada bermacam-macam helmet ni... ada yang murah.. ada yang mahal.. ada yang buatan Malaysia.. dan ada yang dimasukkan dari luar negara...

Photobucket

Tapi... apa yang aku agak kesalkan sikit... helmet-helmet yang berkualiti dari luar negara... yang dibuat mengikut standard antarabangsa... amat mahal sekali dijual di Malaysia... yang kadang-kadangnya.. hanya yang berkemampuan sahaja yang mampu beli... bagi yang tak berkemampuan dan orang-orang kampung.. kebanyakannya hanya mampu setakat helmet "Apollo" sahaja...

Photobucket

Aku memohon kepada pihak berkuasa.. mansuhkanlah cukai ke atas helmet ni sebagaimana dihapuskan cukai ke atas handphone... kerana helmet ni adalah satu kemestian dan alat keselamatan ketika menunggang... setakat handphone tu... orang-orang kampung yang naik motor bukannya pakai handphone pun...

Photobucket

Janganlah dok harapkan helmet "Apollo" tu... walaupun terdapat sticker SIRIM... tapi kenyataannya.. setiap kali berlakunya kemalangan... helmet ni akan pecah.. dan tak mampu melindungi kepala si penunggang....
Dengarlah rintihan kebanyakan penunggang-penunggang motorsikal di Malaysia ni... tunaikanlah ungkapan.. "Rakyat didahulukan..."

p/s: aku berdoa semoga... satu hari nanti.. aku akan mampu menggunakan helmet-helmet yang betul-betul berkualiti yang mengikut piawaian antarabangsa seperti jenama Shoei, Arai, Nolan dan sebagainya...

17 Safar 1432 / 22 Januari 2011

2 ulasan:

  1. salam..helmet SOL n LS2 mana ok lg? saya dok cari helmet yg harga berpatutan n kualiti ok.

    BalasPadam
  2. LS2 tak tau macam mana kualitinya.. sepanjang pengalaman saya.. saya pernah memakai SOL dan Givi.. SOL agak berat dan tengkuk agak sakit bila dalam kelajuan tinggi.. Givi best.. agak ringan walaupun dalam kelajuan tinggi.. Insyaallah nanti jika ada rezeki ingin memiliki Caberg..

    Ikut bajet untuk memiliki helmet.. janji jangan helmet apollo sudah.. hehe.. =)

    Selamat mencari helmet yg bersesuaian..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...