09 Januari 2011

FMS ANNUAL DINNER 2010

Catatan Ayah

Jumaat / 7 Januari 2011


FMS Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan 2010.. bertempat di Hotel Putra Palace, Kangar.. jam 8 malam..

Semua pekerja dijemput termasuk kami dari Healthtronics dan Rhea..

Aku sampai kat hotel dalam pukul 7:50 malam.. tak nampak sapa-sapa lagi.. yang ada hanya Suhail.. dan Shidah yang jadi pendaftar untuk bagi door gift.. dapat ler sehelai t-shirt dan wind breaker sehelai.. :-)

 Awai Suhail mai.. ;-P

Inilah antara AJK majlis yang berdedikasi... \m/



Lepas aku dengan Suhail ambik door gift.. kami pun masuk ke dalam dewan.. tak dak sapa lagi.. yang ada cuma 2-3 orang saja.. sempat berjumpa dengan Cikgu Hakim Khan yang mengajar kakak kat SKJRSA.. yang dijemput untuk menjadi deejay..



Kemudian.. aku dan Suhail mengambil di meja yang berdekatan.. bukan meja khas untuk VIP.. meja yang biasa saja.. sebab kami pun bukannya VIP.. tapi meja tu agak strategik juga nak tengok bakat-bakat terendam yang nak menyanyi karaoke nanti.. dan kemudiannya Bang Shobri menyusul tiba dan join kami..


Orang semakin ramai masuk ke dewan.. dok tak dok.. kami disuruh pindah ke meja lain.. apa kel hal pulak.. banyak lagi meja lain yang kosong.. kalau kat meja tu tulis reserve ke apa ke.. tak kan kami akan duduk kat situ.. lain kali kalau tak mau bagi orang duduk kat sesuatu meja tu.. tulis siap-siap.. reserve ke.. apa ker.. senang.. tak lah orang yang tak berkenaan yang duduk kat situ nak berpindah randah pulak.. aku nak bebai juga.. tapi memandangkan malas nak layan.. kami pun pindah ler.. kat meja kosong yang belakang sekali.. tu pun yang tu saja yang masih kosong.. mentang-mentang la kami kuli haprak saja.. depa nu semua geng executive...

 Kesian kat Nadzari yang terpaksa join meja lain sebab tak tempat kosong...

 Hensem bukan main kedua-dua anak teruna ni... :-)








Antara yang sampai dan join aku dengan Suhail adalah Own, Mat Nor dan Zamri.. yang kemudiannya disertai oleh Meck dan Gi Pang.. cuma kesian kat Nadzari yang terpaksa ke meja lain sebab meja kami dah penuh.. sebelum tu.. aku dah adjust dah meja untuk kami semua.. tapi dah terpaksa pindah meja.. jadi plan pun dah terpaksa bertukar..

Tak seperti dulu.. yang makanan disajikan secara buffet.. kali ni makanan dihidangkan terus ke meja.. antara makanan yang dihidangkan adalah..

 Rojak.. 

 Lai chi kang.. bukan phua chu kang yer..;-P

 Sup.. adakah ini sup sarang burung atau shark-fin..?

 Ayam panggang..

 Udang..

 Ikan..

 Sayur-sayuran..

Nasi goreng..

Amacam.. yang dok mai hidang makanan.. ada karan dak..?

Punya pulun makan.. sikit tak tinggal... licin..



Sambil-sambil dok makan.. kami diselangi dengan pertandingan karaoke.. dan semestinya.. artis terkenal dari BEMS yang ditunggu-tunggu.. inilah dia artis terkenal itu... ngeh.. ngeh.. ngeh.. ;-D







Dan.. berbaloi hang masuk karaoke ni Meck.. dapat tempat ke-2 lagi.. syabas.. syabas.. kapten shahab..



Selain karaoke.. majlis juga diselangi dengan cabutan bertuah.. dan katanya.. cabutan utama adalah TV LCD.. tapi dah tak dak rezeki.. aku cuma dapat kipas angin saja.. alhamdulillah.... ;-)

Acara penyampaian anugerah pekerja terbaik juga diadakan.. dan Zamri adalah antara yang mendapat anugerah pekerja terbaik bagi 2010...


 Jom kita layan gambiran sekitar majlis makan malam ni.. yang aku sempat snap dari kamera buruk aku ni...











Secara keseluruhan.. ok la majlis makan malam ni.. semua orang bergumbira.. disamping berpeluang mendengar dan melihat Pengarah Hospital, Dr Nordin mendendangkan sebuah lagu.. boleh tahan suara Dr Nordin ni... :-)

Majlis bersurai dalam pukul 11 malam.. dan aku terus balik....

p/s: dengar kata.. pakat dok pi layan karaoke kat sebelah UA pulak.. Mat Nor pun ikut sekali.. sakan.. sakan.. ngeh.. ngeh.. ngeh..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

4 Safar 1432 / 9 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...