21 Januari 2011

CUCI RANTAI

Catatan Ayah

Ahad / 16 Januari 2011

Dah lama aku beli minyak gas... dengan tujuan untuk bersihkan rantai motor.. rantai "kerbau hitam" dan "wave 1000"... rasanya dah sebulan dah beli... baru hari ni nak buat...

Bukannya apa... mahal rantai "kerbau hitam" ni... bukannya macam rantai "wave 1000"... jadi nak bagi rantai tu tahan lama sikit... kenalah selalu bersihkan rantai tu... supaya tahan lama sikit....


Tengoklah... betapa teruknya keadaan spocket... jika terlalu kotor.. dan rantai juga terlalu kotor.. sia-sia saja bila kita semburkan minyak rantai... kerana minyak rantai tidak dapat masuk ke dalam celah-celah rantai... dengan itu rantai akan kering dan jangka hayat rantai akan pendek dek kerana haus... dan minyak tadi akan terpercik ke rim semasa menunggang...

Alatan yang diperlukan hanyalah minyak gas ataupun kerosene, berus gigi dah telah digunakan, kain untuk mengelap rantai dan minyak rantai... untuk disemburkan ke rantai bila kerja-kerja membersih rantai selesai...

Caranya... hanyalah celupkan berus gigi ke dalam kerosene... kemudian beruskan kat rantai dan spocket... dan akhir sekali bilas rantai dan spocket tadi dengan air.... dan lapkan rantai tadi... biarkan kering... kemudian semburkan dengan minyak rantai... selesai....


Lihatlah... hasil dan perbezaannya... apa yang perlu hanyalah sedikit kerajinan... biar susah sikit... janji rantai dapat bertahan lama dan boleh jimatkan kos...


Bila dah selesai... apalagi.. basuh jer lah motor tu.. biar kasi berkilat sikit... dan buang sisa-sisa minyak yang ada....


Dah selesai pun kerja-kerja membasuh... sesi mengelap dan mengeringkan la pulak... baru nampak merelit sikit... nanti bila dah kering... kasi bawa seround... kasi panas sikit rantai tu... baru semburkan minyak rantai pulak... bukannya susah pun...


Agak tidak adil... bila "kerbau hitam" dibersihkan dan dibelai... tetapi "wave 1000" dibiarkan tidak terurus.. jadi "wave 1000" pun diproses sekali.. cuci rantai dan dibasuh secukupnya...


Haaa.. sekarang apa macam... merelik sikit kot... sama naik adik dengan abang....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

16 Safar 1432 / 21 Januari 2011

4 ulasan:

  1. salam..cuci dengan diesel boleh gak kn?ka kena ikut jenis rantai?ada rantai yg sesuai dengan diesel n ada yg kena dengan minyak gas?

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Tanpa Nama,

    nasihat saya, kalau boleh jangan guna diesel mahu pun minyak gas.. kerana sebelum ni saya dok cuci rantai dengan minyak gas.. ternyata rantai cantik tapi rantai tak tahan lama, kerana o-ring kat dalam rantai akan mereput dan menyebabkan rantai akan jadi keras.. kalau guna minyak gas juga.. selepas tu kena bilas dan basuh pula rantai dengan sabun sebersih-bersihnya..

    Sekarang saya sudah tidak menggunakan minyak gas dan diesel lagi.. sebaliknya menggunakan sabun basuh dynamo.. (ambil pengalaman kawan-kawan dan polis trafik)..

    Dengan menggunakan dynamo, rantai akan bersih dan segala kesan minyak akan keluar dan tak merosakkan 0-ring kat dalam rantai..

    Selamat mencuba..

    BalasPadam
  3. kalau basuh kedai kna rm bp ek?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...