21 Januari 2011

TASKA PERMATA KEMAS

Catatan Ayah

Ahad / 16 Januari 2011


Photobucket

Hari ni aku berpeluang untuk melawat Taska Permata Kemas yang diuruskan oleh KEMAS... mungkin ini salah satu dari projek PERMATA.. Taska ni terletak di Taman Utara Jejawi..

Photobucket



Rekabentuknya cukup memberansangkan... jika dibandingkan dengan taska-taska Kemas yang lain... dan pada pandangan aku mampu menandingi taska-taska swasta yang lain... berbagai-bagai kemudahan yang disediakan termasuk nursery... yang mana ibu bapa boleh mengambil anak-anak mereka jam 5 petang...


Photobucket

Hiasan lanskapnya cukup cantik... dan rasanya mampu menaikkan minat anak-anak dalam pembelajaran jika digunakan dengan sebaiknya...

Photobucket



Selain lanskapnya yang cantik... terdapat juga kolam renang untuk anak-anak bermain... satu-satunya fasiliti yang jarang-jarang kedapatan di taska-taska di Perlis... dan dengarnya.. semua Taska Permata Kemas seluruh Perlis mempunyai fasiliti yang sama...

Photobucket

Photobucket


Dan seperti kolam-kolam renang yang lain... terdapat juga pancutan air untuk mandi selepas berenang... cukup mewah... seperti yang kedapatan di premis-premis yang mempunyai kolam-kolam renang... yang pada pandangan aku... cukup mengujakan..

Photobucket



Photobucket


Photobucket


Photobucket




Juga terdapat taman permainan... yang mana pasti menarik perhatian kanak-kanak...

Photobucket


Suasana di dalam kelas juga amat menarik dan tenang... serta berbagai-bagai alatan pembelajaran yang disediakan... dari segi mainan, muzik, audio video serta peralatan komputer...

Photobucket

Photobucket


Semoga... semua fasiliti yang disediakan dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya... dan jangan hanya elok pada pandangan mata... tetapi kosong dalam pengisian pembelajarannya...

p/s: moga-moga KEMAS dapat meningkatkan sistem pembelajarannya sehingga mampu menandingi tadika-tadika yang diuruskan oleh pihak swasta seperti sistem yang digunakan oleh rangkaian Smart Reader Worldwide...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

16 Safar 1432 / 21 Januari 2011


1 ulasan:

  1. salam..tuan,sy bapa yg br pertama kali nk htr anak ke taska. ada 2 3 buah taska yg sy dh servey..n rata2 cm nk amik anak2 yg 4 thn ke tas. bagaimana pula dgn taska yg tuan tunjukkn ni? sekiranya sy nk htr anak sy ke sn..ada x no sapa2 yg sy boleh hubungi? Trm ksh..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...