09 Januari 2011

AMX-4 TAK DAK POWER PART 2

Catatan Ayah

Khamis / 6 Januari 2011

Ini adalah kesimbungan kerosakan AMX-4 yang rosak bateri bulan lepas... yang mana telah aku detect.. bateri perlu ditukar..


Jenuh juga nak menolaknya.. sebab power dah tak dak.. berat bukan main...;-(

Nasib baik ada Fariha dengan Shidah.. ada jugak orang yang nak menolong.. kalau dak.. herot urat belikat..

Jadi.. selepas tolak AMX-4 ni ke tengah sikit.. bermulalah proses-proses penukaran bateri.. seperti biasa.. kena leraikan dulu body cover semua.. kena londeh habis...


Sambil Shidah dengan Fariha dok buka cover.. aku buka bateri yang baru dapat.. bateri 12V 26Ah.. sebanyak 9 biji.. yang semuanya seberat 90kg.. sebiji 10kg... jenuh juga nak pasang ni..


Selesai Shidah dan Fariha buka cover.. kini giliran aku pula ambil alih.. sebab kerja-kerja ni agak merbahaya sikit.. bermain dengan 120Vdc secara langsung.. yang mana dulunya aku belajar dari LC Lim.. silap langkah boleh mencederakan diri sendiri.. bahkan aku pernah tercedera dulu.. akibat tersilap langkah... terbakar tangan akibatnya..


Langkah pertama yang perlu dilakukan dulu.. adalah menanggalkan bahagian negative set bateri lama dahulu.. kerana jika tak ditanggalkan bahagian negative.. yang mana bersambung dengan ground.. jika tersilap sentuh akan menyebabkan letupan kecil berlaku.. dan aku pernah mengalami situasi ini.. dan rosak spanar aku waktu tu.. lebur besi spanar tu..


Setelah ditanggalkan bahagian negative.. barulah boleh ditanggalkan bahagian positif.. lihatlah gambar di atas.. di mana body mesin berlubang akibat tersilap langkah dan berlakunya letupan kecil yang menghasilkan lubang pada body mesin..


Setelah itu.. barulah boleh dikeluarkan bateri-bateri lama.. teruk juga nak buang.. dengan keadaan bateri yang berat.. yang jumlah beratnya 90kg.. yang telah disusun dalam 3 set.. 1 set seberat 30kg..





Setelah dikeluarkan set bateri yang lama.. maka proses memasukkan set bateri yang baru pun bermula.. kena ada teknik juga nak masukkan bateri ni.. kalau tak kena teknik dia.. tak larat nak angkat.. bagaimanapun... pengalaman banyak mengajar..


Setelah selesai memasukkan set bateri baru.. kena pasang pulak indicator bateri kat bahagian control panel kat atas.. supaya memudahkan untuk periksa keadaan bateri nanti tanpa perlu membuka dan mengeluarkan bateri ni... lepas tu kena connect connector tu pulak.. yang menyambungkan bateri-bateri ni ke indicator..


OK.. bateri dah siap dipasang.. sekarang.. setiap connector jugak perlu dipasang.. seperti tadi.. penyambungan connector perlu dibuat pada bahagian negative dulu.. jika tidak.. letupan kecil akan berlaku.. sebab sekarang ni.. secara live.. terdapat 120Vdc.. hasil output 9 biji bateri tadi.. dulu pernah berlaku kesilapan di mana aku silap pasang.. dan akibatnya tunggul skru negative bateri ni telah lebur..


Bahagian negative dah disambung.. sekarang bahagian positive pulak.. lepas tu.. sebagai decoration.. ikat ler sikit cable tie.. supaya susunan cable tadi dalam keadaan yang elok...


Sebagai langkah keselamatan.. aku periksa dulu kembali kesemua sambungan untuk memastikan semua dalam keadaan yang baik dan betul.. sebagai peringatan.. kerana silap langkah.. buruk akibatnya...



Kepompom... semua dah ok dan dalam keadaan yang baik.. selepas itu calibration perlu dilakukan.. supaya CPU dapat re-map balik kesemua data selepas ditukar set bateri yang baru... tapi sebelum tu.. aku telah minta Fariha untuk membuang sedikit debu-debu dan kotoran yang ada di dalam AMX-4 ni.. bila bersih baru cun.. lagi pun kita sebagai umat Islam.. bila buat kerja tu mesti elok dan kemas.. kebersihan tu sebahagian daripada iman.. jadi baru customer puas hati dengan service kita... he he he ... ;-)


Bila semua dah cantik dan cun.. barulah kerja-kerja calibration dilakukan.. calibration ni pun ambil masa yang agak lama juga untuk dilakukan.. adalah dalam sejam setengah.. dan jika diambil masa dari tukar bateri sampai siap dengan calibration... adalah dalam 3 jam..

Selepas siap calibration.. aku buat ujian.. alhamdulillah.. semuanya ok dan sukses.. dah settle masalah mesin ni dan siap untuk digunakan..

Jika digunakan dengan elok.. dan user maintain keadaan bateri.. ia mampu bertahan selama 5 tahun..

p/s: terima kasih diucapkan kepada Shidah dan Fariha kerana membantu.. amacam tukar bateri ni.. susah ke senang.. fikir-fikirkan lah.. dan selamat beramal.. ;-D

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

4 Safar 1432 / 9 Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...