31 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (VIDEO)

Catatan Ayah

Sabtu
6 Safar 1433
31 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Tamat sudah penjelajahan aku dan rakan-rakan ke Negara Gajah Putih.. cuma ke Pak Bara saja.. hehehehe..

Penceritaan dan pengalaman kami semua boleh dibaca di entri-entri kat bawah. Perjalanan kami cuma sejauh lebih kurang 300 km pergi-balik dari Kangar ke Pak Bara, Thailand..

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat sehingga menjayakan ride ni dari mula dirancang sehinggalah kita kembali semula dengan selamat.

Kepada yang telah menarik diri saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, lain masa jika berkelapangan, insyaAllah kita akan buat lagi ride ni...

Oklah.. kat bawah ni.., aku letakkan sedikit video yang tak seberapa yang sempat aku ambil sebagai kenangan kita...

Semoga terhibur..

Bermula dari Tasik Melati menuju ke Kaki Bukit..


Mendaki Bukit Wang Kelian...


Mula memasuki Thailand...


Sampai La-Ngu, Thailand..


Sampai Pak Bara, Thailand..


Ronda-ronda sekitar Pak Bara...


Perjalanan pulang ke tanahair...


Berjumpa lagi di next ride...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

30 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG5)

Catatan Ayah

Jumaat
5 Safar 1433
30 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Masing-masing tidur lewat semalam, asyik bersembang sehingga dinihari. Begitu juga dengan aku. Hari ahad, 18 Disember 2011 menjelang. Tibalah masanya untuk kami bersangkat pulang ke tanahair tercinta...

Selepas solat subuh tadi, apalagi... sambung tidur sikit lagi.. hampir jam 9 pagi baru terjaga.

Selepas bangun, mandi dan siapkan diri, keluar dari bilik, nampaknya yang lain-lain juga baru bangun. Terus aku ke restoran yang dimiliki Mami dan anak angkatnya, Ali. Ali tiada waktu tu, yang ada cuma Mami seorang. Menurut Mami, Ali telah ke pasar di La-Ngu untuk membeli barang-barang di pasar La-Ngu.

Lantas aku meminta Mami menyiapkan kopi dan roti bakar sementara menunggu yang lain-lain bersiap. Tak lama, lepas sorang... sorang datang ke restoran untuk bersarapan. Masing-masing minum kopi atau teh dan makan roti bakar. Sambil minum, kami berbincang perjalanan pulang ke Perlis.

Kami telah sepakat untuk bertolak pulang ke Perlis jam 11 pagi nanti. Kemudian cadangnya nak makan tengahari di Satun tapi terpaksa dibatalkan kerana Mat Di hendak membeli sedikit barang kat Wang Kelian nanti. Kalau makan tengahari di Satun, bimbang tak sempat membeli-belah kat Wang Kelian pula nanti. Lagi pun, pintu sempadan kat Wang Kelian ditutup jam 6 petang (waktu Malaysia).

Setelah semua bersedia, kami terus bersiap untuk pulang. Sebelum bergerak balik, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan beramai-ramai di perkarangan chalet.

Photobucket

Photobucket

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil kesempatan dengan berhenti sekejap di Pekan Pak Bara untuk bergambar kenangan dan membeli sedikit buah tangan dan cenderahati untuk dibawa pulang.

Photobucket

Photobucket

Selepas bergambar, masing-masing menyerbu ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli cenderahati. Kebanyakannya t-shirt dan key-chain.

Aku pula telah membeli beberapa helai t-shirt. 2 helai t-shirt saiz dewasa berharga Bhat 150 sehelai dan 3 helai t-shirt saiz kanak-kanak berharga Bhat 120 sehelai.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Masing-masing shopping sakan nampaknya. Selesai shopping, kami teruskan perjalanan pulang ke tanahair. Kami akan berhenti sekejap kat stesen minyak terdekat untuk top-up sedikit minyak.

Sebelum tu, berhenti sekejap untuk bergambar beramai-ramai.

Photobucket

Kami berhenti isi minyak kat salah sebuah stesen minyak di Pak Bara ni. Harga yang perlu dibayar kat sini adalah Bhat 37.99 seliter. Untuk Wave aku isi lebih kurang 2 liter dengan  harga Bhat 75.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai isi minyak, perjalanan pulang pun bermula. Nampaknya hujan mengiringi perjalanan pulang kami. Tapi taklah lebat, hujan renyai-renyai saja hinggalah sampai Wang Prachan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Disebabkan cadangan untuk makan tengahari di Satun dibatalkan, jadi kami makan tengahari di Wang Prachan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sementara dok makan, ada juga yang pergi membeli-belah sekitar Wang Prachan. Tanpa disedari rupa-rupanya tayar belakang motor Shahid dan kawannya telah bocor. Jadi kami ambil keputusan untuk tampal tayarnya di Wang Kelian nanti. Lagipun dah tak jauh manapun dah Wang Kelian.

Selesai makan, Salihin telah menukarkan wang kutipan kami yang lebih dari bhat ke ringgit. Nampaknya ada lebihan dan dipulangkan dan masing-masing dapat seorang RM10. Jadi perbelanjaan kami sepanjang ride ni termasuk makan, minum dan penginapan hanya RM40 sahaja seorang.

Photobucket

For info, selepas cop passport, kita mesti serah balik permit impot kenderaan sementara kepada Kastam Thailand. Jika gagal serahkan selama seminggu, khabarnya kita akan didenda sehingga RM200. Juga perlu diingat, semasa cop passport, kena bayar RM1 kepada pegawai Kastam Thailand.

Photobucket

Selepas selesai urusan kat Kastam Thailand dan Imegresen Malaysia, kami singgah sebentar kat Wang Kelian untuk masukkan 'cacing' ke tayar motor Shahid dan kawannya.

Sementara dok tunggu Shahid dan kawannya, kami pusing-pusing sekitar Wang Kelian. Seperti biasa ramai orang datang membeli-belah kat Wang Kelian ni setiap hari ahad.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas semua urusan selesai, kami teruskan perjalanan pulang. Sebelum tu, Nadzari telah pulang dahulu sebab ada kenduri yang perlu dihadirinya.

Kat Bukit Wang Kelian, sekali lagi kami berhenti untuk bergambar kenangan.

Photobucket

Mulanya, kami nak berhenti minum kat Capati Beseri yang terkenal dengan kelazatan capatinya, tapi malangnya kedai Capati Beseri tutup. Lalu kami terus ke Kangar dan berhenti minum kat Restoran Ismail. Kami sampai Restoran Ismail hampir pukul 3 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dari Restoran Ismail, selepas minum, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Hampir pukul 3.50 petang aku sampai rumah.

Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa sebarang masalah. Seronok ride kali ni dan banyak pengalaman baru dapat dirasai. Semua dapat menikmati keseronokan nampaknya.

Oklah.. lain kali kita rancang lagi ride kita ke mana-mana. Ataupun kita ride sekali lagi ke Pak Bara, tapi untuk 3 hari 2 malam pulak. Kita ronda-ronda pulau pula dengan speed boat.

Terima kasih dan syabas kepada semua peserta ride Pak Bara kali ni. Kerjasama anda semua amat aku hargai dan mohon maaf jika ada terkurang kat mana-mana tanpa disedari.

Berjumpa lagi di ride yang akan datang.

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

28 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG4)

Catatan Ayah

Rabu
3 Safar 1433
28 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Mandi dah... solat dah... perut pula bersuara...

Sebaik keluar dari bilik, ramai yang dah menunggu di restoran yang diusahakan oleh Mami iaitu ibu angkat kepada Ali yang mengusahakan chalet ni.

"Apa kita nak makan malam ni?" terdengar Own bersuara.

"Apa-apa pun tak pa..", balas aku.

Kemudian Pijan bersuara, "Senang saja.. kita kira satu kepala Bhat 100, jadi kita ada Bhat 1400, kita tanya Mami apa yang kita boleh dapat dengan Bhat 1400 ni..."

"Bagus juga idea tu", balas Own.

Lalu Pijan berjumpa Mami dan Ali dan menyatakan cadangan tadi dalam bahasa rojak (melayu + thai + inggeris).

Sambil membelek-belek menu dan menekan kalkulator, Ali bercakap-cakap dengan Mami dalam bahasa Thai membincangkan apa yang boleh dimasak dengan jumlah wang sebanyak itu.

Tak lama, Ali mencadangkan beberapa menu kepada kami.

Sabar menunggu Mami menyediakan masakan.

Photobucket

Photobucket

Tak beberapa lama, inilah antara hidangan yang kami dapat dengan nilai Bhat 1400.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Leka menjamu selera...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Akhirnya...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah.. sedap dan masing-masing kekenyangan. Jadi.. apalagi.. melepak ler..

Tak lama kemudian, Salihin mengajak kami ronda-ronda melihat keindahan malam sekitar Pak Bara.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang aku boleh kata, tiada sebarang aktiviti tak elok yang kelihatan sekitar Pak Bara ni pada sebelah malam.

Malah, pekannya menjadi pekan mati dan semua kedai tutup bermula jam 11 malam kecuali kedai-kedai 24 jam.

Aku dan Che Ami telah berhenti sekejap kat salah sebuah kedai 24 jam untuk membeli sedikit jajan. Bukan apa.. habuan nak dok menyembang sat lagi sambil menikmati angin pantai.

Kami pulang semula ke chalet dan mula mengelilingi meja yang ada kat situ. Jadi bermulalah sesi meyembang dan merapu sambil layan makan jajan yang telah dibeli tadi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sambil disirami cahaya rambulan...

Photobucket

Punya dok meyembang, sedar-sedar dah pun pukul 3.30 pagi. Esok dah nak balik Perlis, jadi masing-masing balik ke bilik untuk rehatkan diri.

p/s: aku tidur dulu yer... esok dah nak balik...

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...