27 Disember 2010

WA HASAN

Catatan Ayah

Ahad / 19 Disember 2010

"Hang tau dak Wa Hasan masuk hospital?", tanya mak aku.

"Hospital mana?", balas aku...

"Hospital Alor Star. Jantung bengkak...", balas mak aku...

Dan hari ni, kami sekeluarga pergi melawat Wa Hasan.


Wa Hasan, anak sulung dari 11 orang adik beradik sebelah mak aku. Tinggal di Kampung Alor Rambai, Jitra... bersebelahan dengan rumah Tok Wan aku. Salah seorang anak Wa Hasan adalah seorang doktor pakar sakit puan iaitu Dr Sobri.

Dulu... Wa Hasan pernah mengalami kemalangan dilanggar motorsikal dan mengalami patah tangan. Sehingga sekarang tangannya patah di antara siku ke pergelangan tangan... dan kedua-dua belah tangan pulak tu...

Terkejut juga bila dengar beliau mengalami bengkak jantung... diceritakan semasa melawat beliau, Wa Hasan mula rebah kat rumah dan telah dikejarkan ke hospital... hasil pemeriksaan kat hospital, baru tau yang beliau mengalami bengkak jantung...

Sekarang, beliau telah dibenarkan pulang... dan dinasihatkan untuk berehat di rumah...

Abang Sobri, sepupu aku akan bawa beliau untuk buat pemeriksaan lanjut di hopsital pakar 2-3 hari lagi...


Semoga Wa Hasan akan cepat sembuh dan sihat sentiasa...

Rumah Tok Wan yang dah lama tak diduduki....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Muharram 1432 / 27 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...