17 Disember 2010

TAKZIAH

Catatan Ayah

Jumaat / 17 Disember 2010



Kira-kira jam 4:48 petang tadi, aku dapat sms dari Che Ami yang berbunyi, "Rahiman dh meninggal di US pkui 3 td, sakit jantung."

Lalu aku telah call Che Ami untuk dapatkan confirmation.

Lepas tu, aku call Nahari pula untuk kepastian. Nahari belum dapat apa-apa berita lagi. Jadi Nahari beritahu aku yang dia akan call sepupu Rahiman untuk confirmation.

Dalam pukul 5:36 petang tadi, aku dapat call dari Nahari.

Mengikut Nahari, dia telah pun bercakap dengan adik kepada Rahiman sendiri dan memang betul yang Rahiman telah meninggal dunia lebih kurang 2 jam yang lepas akibat serangan jantung di UK.

Sewaktu paramedik datang, Allahyarham sudah tiada dan tak dapat diselamatkan.

Allahyarham juga akan dikebumikan di sana iaitu di UK.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan takziah diucapkan kepada anak dan isteri serta keluarga Allahyarham.

Al-fatihah...



11 Muharram 1432 / 17 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...