28 Disember 2010

SAYAP KENARI TERCEDERA

Catatan Ayah

Selasa / 28 Disember 2010

Pertama kalinya semenjak April 2005, Kenariku sakit... kerana 'sayapnya' tercedera..

Pertama kalinya, 'bearing' tayar depan berbunyi...guk...guk...guk... bila berjalan...

Pertama kalinya... selepas menjelajah sejauh 140,821 km... 'bearing' tayar depan perlu ditukar..

Jadi... menjelajahlah aku ke Eng Leong Auto Supplies kat Kangar... sementelah nak tukar 'bearing'.. aku beli sekali minyak enjin dan 'oil filter'...

Eng Leong jual 'oil filter' RM 7... minyak enjin mineral Petronas RM 35... dan sepasang 'bearing' untuk tayar depan RM110..

Dan 'terbanglah' aku ke Long Boh... rumah sepupu aku untuk kerja-kerja pembaikan... Mulanya aku nak buat sendiri saja kerja-kerja penukaran 'bearing' ni... tapi bila difikir-fikir balik... pi buat kat Long Boh lah...


Rupa-rupanya... 'bearing' Kenari ni tak sama macam 'bearing' Kancil... ikut logik pun mana sama kan... sekor burung... sekor menatang 4 kaki ye dak... hehehehe... =)

Kalau 'bearing' untuk Kancil... boleh dipukul keluar jer.. tapi 'bearing' Kenari besar sikit... jadi kena buka kat 'fondry'... jadi selepas dibuka tayar dan 'brake disc'... kedua-dua set tapak 'bearing' tu dibawa ke 'fondry' untuk dikeluarkan dengan menggunakan mesin haudralik...


Sementara pi buka 'bearing' kat Kangar... anak menakan aku tukarkan minyak enjin dulu... serta 'oil filter'.. dalam pukul 3 pm... baru 'settle'... tapi sebenarnya tak berapa 'settle' lagi... sebab bila tayar dah dibuka... nak kena buat 'alignment' pulak...


Balik rumah sat... mandi-mandi dan sembahyang... aku terus ke Kangar untuk buat 'alignment'... Kali ni aku ke Syarikat Tayar Utara Perlis... kat Taman Sena Indah..


Syarikat Tayar Utara ni pun kepunyaan anak menakan aku jugak... jadi boleh ler diskaun sikit... sokong adik-beradik dan orang melayu...


La ni... baru boleh kata 'settle'.. Alhamdulillah... 'test' tengok dan hilang dah bunyi...guk... guk... guk... tu...

Jadi ringkasannya perbelanjaan aku ke atas Kenari ni... untuk pembaikan ni adalah....

  1. Minyak enjin RM35...
  2. Oil filter RM7...
  3. F/W bearing RM110...
  4. Upah kedai fondry RM 30..
  5. Upah repair kereta RM60
  6. Upah alignment tayar RM12...
Jadi jumlahnya... RM254... terbanglah Kenari dengan duitnya... hehehehehe.. =(

p/s: walau bagaimanapun... Alhamdulillah Kenari ni tak pernah bagi masalah yang teruk sepanjang 5 tahun dan sejauh 140,821 km dia berkhidmat...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Muharram 1432 / 28 Disember 2010

9 ulasan:

  1. blog bagus ni...
    bleh di jadikan rujukan..
    tq

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. sekadar berkongsi pengalaman..

    BalasPadam
  3. budak buta pasal kereta18 April 2012 6:21 PTG

    salam, bang, saya ada soalan nak tanya, harap dapat membantu, saya pakai kenari auto aerosport, beli tahun 2006, sekarang mileage dalam 100km, masalah kenari saya, dia keluarkan bunyi kalau saya buka aircond pada waktu pagi, semacam bunyi pada belting di enjin, tapi kalau saya panaskan enjin terlebih dahulu, bunyi kurang sedikit. saya pernah tanya pada pusat servis perodua, jumlah untuk servis pada mileage 100km dalam RM800. saya rasa macam terlampau mahal.jadi:-
    1)patut kah saya buat di pusat servis perodua/kedai kereta biasa?
    2)apakah masalah sebenar yang berlaku pada kereta saya?

    budak buta pasal kereta

    BalasPadam
  4. mileage dah 100,000 km.. dah tukar timing belt tak.. RM800 tu rasanya pakej untuk tukar timing belt... dan mungkin sekali dengan belting air-cond... kalau ada mekanik luar yang berpengalaman.. boleh juga untuk safe cost...

    sekadar pendapat...

    BalasPadam
  5. salam, bang saya dah tukar timing belt dan belting aircond serta membuat servis pada kereta saya, masalahnya bunyi nyaring pada kereta saya masih lagi ada apabila saya menekan pedal minyak, terutamanya ketika cuba mengidupkan penghawa dingin dan menggerakkan kereta ketika berhenti di lampu isyarat, boleh abang bagi pnadangan tentang masalah ini, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga jadi macam tu dulu.. bawak ke pomen.. pomen kata belting telah berganjak sikit dan bergesel dengan dinding enjin.. kemudian dia longgarkan belting tu.. dan ubah ke kedudukan asal.. kemudian dia ketatkan kembali belting.. alhamdulillah.. masalah bunyi tu dah settle.. cuba lihat di http://irdinailham.blogspot.com/2011/05/kenari-meragam.html

      apa-apa hal pun.. cuba minta pandangan pomen yang anda percayai.. semoga masalah dapat diselesaikan.. insyaAllah.. B-)

      Padam
  6. terima kasih banyak bang, blog ni benar2 membantu orang yang kurang ilmh kereta macam saya ni. terima kasih atas semua makulumat dan pandangan.

    BalasPadam
  7. salam
    saya bercadang nak pakai kenari aerospot Diatshu Move manual, siapa ada pengalaman boleh catatkan pengalaman kebaikannya dan masalah nya.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...