12 Disember 2010

ROUTE TO KLIMS 2010 @ SBM MOTORSPORT

Catatan Ayah

Rabu / 8 Disember 2010


Badan masih rasa penat lagi dek menaiki keretapi. Ikut perancangan awal, esok baru nak ke KLIMS 2010 di PWTC. Jadi selepas zohor, aku dan famili ke SBM Motorsport yang terletak di Kampung Pandan.

Selepas isi minyak kereta adik aku kat Shell Kota Damansara dalam RM45, aku ikut Lebuhraya LDP dan terus ke Lebuhraya Persekutuan. Bukan apa, cuma jalan ni yang aku tahu pun.

Dari Lebuhraya Persekutuan, aku masuk ke Terowong SMART untuk terus ke Jalan Tun Abdul Razak. Inilah kali pertama aku memasuki Terowong SMART.



Sampai saja kat Jalan Tun Abdul Razak, sekali jam teruk pulak. Dalam pukul 3:00 petang pun jalan dah sesak. Alhamdulillah, aku tinggal dan bekerja kat Perlis. Tak perlu menempuh kesesakan jalan seperti ni. Jika hari-hari menempuh kesesakan jalan raya seperti ni, tak tahulah macam mana.



Tak lama selepas kesesakan ni, kami pun sampai kat Kampung Pandan, terbentang SBM Motorsport. Tujuan sebenar aku nak sangat ke SBM Motorsport ni adalah untuk ambik t-shirt yang aku tempah sebelum raya Aidil Fitri yang lalu iaitu t-shirt SBM Racing Team.

 
Alhamdulillah, Bro Sam iaitu pemilik SBM Motorsport ada hari ni. Sempat juga berkenalan dan bersembang dengannya serta berkenalan dengan Baim. Selama ni berhubung dengan mereka melalui forum sahaja di www.superbikemalaysia.com sahaja.

Kedai SBM Motorsport ni ada 2 tingkat yang mana tingkat bawah dipamerkan motor-motor yang dijual dan bahagian tingkat 1 pula terdapat berbagai-bagai accessories seperti riding jacket, helmet dan t-shirt. Sementara Bro Sam dok mencari t-shirt yang aku tempah, aku melihat-lihat accessories yang dipamerkan di tingkat 1.




Malangnya, t-shirt yang aku tempah tidak ada. Menurut Bro Sam dan Baim, t-shirt aku terdapat dalam badge 2 dan malangnya pada masa itu, supplier dah gulung tikar. Jadi Bro Sam telah beri aku 2 pilihan sama ada duit dibayar balik atau aku ambil mana-mana t-shirt yang ada sebanyak 2 helai. Dan aku ambil pilihan untuk ambil t-shirt.

Selepas ambil t-shirt, aku melihat-lihat motor yang dipamerkan di tingkat bawah, mana tau kalau ada rezeki lebih, boleh upgrade.



 Motor idaman kalbu, Kawasaki Z1000




 Triumph Daytona 675

 Honda CBR

 Yamaha R6


 Yamaha R1

 Suzuki GSX-R





Selain itu, aku dan famili juga sempat melihat-lihat koleksi motor-motor kepunyaan Bro Sam.

Antaranya...


Aprillia RSV4

 KTM RC8-R


 MV Agusta F4


 Kawasaki Zephyr


 Honda VFR


 Yamaha V-Max




Selain dari itu, kat luar kedai pun ada juga motor yang dipamerkan.


 Orion RX250


 Orion RX250



 Triumph Daytona 675



 Ducati Monster




Boleh dikatakan "meleleh air liur" bila berada di sini. Tak rasa masa begitu cepat berlalu bahkan tak sedar yang kat luar dah hujan lebat.

p/s: Terima kasih atas layanan anda berdua Bro Sam dan Baim. Ada masa dan kelapangan nanti, kita berjumpa semula dan terima kasih atas penggantian 2 helai t-shirt...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

7 Muharram 1432 / 13 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...