13 Disember 2010

ROUTE TO KLIMS 2010 @ MIDVALLEY MEGAMALL

Catatan Ayah

Rabu / 8 Disember 2010


Hujan lebat kat luar SBM Motorsport. Nak ke tempat parking kereta, confirm habis basah lencun kami sekeluarga. Jadi sementara tunggu hujan reda sikit, kami minum sekejap kat sebuah kedai berdekatan dengan SBM Motorsport.

Apabila hujan agak reda, kami pun mula gerak. Destinasi adalah ke Plaza Pantai untuk mengambil adik aku balik kerja. Dia beritahu yang dia akan keluar dari pejabat dalam pukul 6:30 petang. Jadi memandangkan masih ada masa lebih kurang 2 jam lagi, jadi kami mengambil keputusan untuk meronda-ronda sekitar Midvalley Megamall yang terletak berdekatan dengan Plaza Pantai.

Sampai saja kat bulatan Kampung Pandan, hujan turun lebat kembali. Pandangan agak terhad dan jalan semakin sesak. Aku pulak agak gagap sedikit kerana selain dari kesesakan, aku terpaksa memerhatikan signboard jalan untuk menuju ke destinasi.


Apa yang dapat dilihat, masih ramai penunggang motorsikal yang menunggang dengan laju sambil menyelit antara kereta. Melihatkan gelagat mereka, teringat zaman-zaman silam aku semasa belajar di UTM Jalan Semarak dulu dalam tahun-tahun 90-an. Ketika itu aku menunggang motor RXS. Aku juga seperti mereka yang suka mengikut hati muda dan terasa bangga jika dapat menyelit dengan laju. Begitu bodohnya aku waktu itu bila diingat-ingat...he he he...

Tiba-tiba, dengan tak disangka telah berlaku kemalangan antara sebuah motor yang sedang menyelit dengan lajunya, melanggar sebuah kereta Toyota Camry yang ubah laluan tanpa memberikan isyarat belok.


Pada pandangan aku, kedua-dua bersalah. Penunggang motor bersalah sebab menunggang dengan laju sambil menyelit dan dalam keadaan jalan yang basah. Sudah semestinya brek tidak dapat berfungsi dengan elok disebabkan jalan yang licin. Pemandu kereta juga bersalah sebab menukar lorong tanpa memberikan isyarat. Ingatlah, lampu isyarat direkacipta untuk kegunaan semasa membelok atau menukar lorong. Jadi gunakanlah lampu isyarat membelok dengan sebetulnya. Jika masing-masing memandu dan menunggang dengan berhemah, tentu tak akan menyusahkan orang lain dan menambahkan kesesakan jalan raya.

Sempat melihat Satria Neo ni yang pada pandangan aku, design yang dibuat agak simple dan menarik

Tak lama selepas itu, sampailah kami sekeluarga ke Midvalley Megamall, setelah berpusing-pusing mencari jalan masuk. Inilah kali pertama aku sampai ke sini semenjak terbinanya Midvalley Megamall. Terasa betapa ulunya aku...

Laluan masuk ke tempat parking

 Kadar bayaran parking

Suasana di dalam Midvalley Megamall... 




Setelah puas pusing-pusing sekitar Midvalley Megamall, kami pun keluar untuk ke Pantai Plaza pula untuk mengambil adik aku yang akan keluar pejabat sekejap lagi...


Sekali lagi tersangkut dalam kesesakan jalan. Dan yang paling teruk, tersesat jalan. Jenuh juga mencari balik pedoman jalan ni sebab keadaan yang kat Kuala Lumpur ni dah jauh berbeza dari dulu.



Akhirnya, dalam 7:30 malam baru aku sampai ke Plaza Pantai dan dari situ aku serahkan kepada adik aku untuk memandu pulang ke Kota Damansara...

p/s: jenuh juga bila berada dalam kesesakan jalan raya. Hati mesti banyak bersabar dan berhati-hati semasa memandu...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

7 Muharram 1432 / 13 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...