12 Disember 2010

ROUTE TO KLIMS 2010 @ KL SENTRAL

Catatan Ayah

Selasa / 7 Disember 2010


Lebih kurang jam 3:00 petang, keretapi pun sampai.


Ramai juga yang turun dari keretapi ni. Kebanyakannya yang aku nampak adalah pelajar dan pelancong luar negara. Bagi pelajar, mungkin disebabkan tambang keretapi yang murah berbanding bas dan bagi pelancong luar, inilah salah satu pengangkutan yang murah dan dapat menikmati keindahan bumi Malaysia.


Walaupun keretapi dah berhenti dan semua penumpang sudah turun, kami belum dibenarkan naik lagi. Ini adalah kerana, para pekerja KTMB membuat pembersihan di dalam keretapi serta membuat sedikit pemeriksaan dan penyenggaraan koc-koc. Bahagian kepala keretapi juga diisi minyak dan dialihkan ke bahagian lagi satu. Kerusi-kerusi di bahagian kelas 1 juga dialih supaya mengadap ke bahagian yang lagi satu.


Kami telah membeli tiket kelas 1. Tempat duduk selesa dengan kombinasi 2-1 berbanding kelas 2 dengan kombinasi 2-2. Sekarang ni setiap koc adalah berhawa dingin dengan sepenuhnya. Pintu masuk ke koc juga beroperasi secara automatic berbanding kelas 2 secara manual. Koc kelas 1 juga diberi minuman dan biskut percuma.

Lebih kurang pukul 3:30 petang baru kami dibenarkan menaiki koc. Tak ramai penumpang untuk koc kelas 1 ni berbanding koc kelas 2 dan kelas ekonomi. Mungkin dari segi faktor harga tiket barangkali.

Anak-anak aku nampaknya yang paling teruja. Macam-macam ragam dibuat mereka dan rasa-rasanya, suara mereka sahaja yang kedengaran dalam koc kelas 1 ni dengan gelak tawa dan bermacam-macam lagi. Selain itu sibuk dengan makan dan minum.


Lebih kurang pukul 3:40 petang, keretapi mula bergerak. Inilah kelebihan menaiki keretapi sebelah siang kerana dapat melihat pemandangan luar berbanding waktu malam.

Apa yang aku boleh buat kesimpulan, kebanyakan penduduk sekitar landasan keretapi ni adalah berketurunan India. Ini berkemungkinan, landasan keretapi merentasi ladang-ladang getah dan kelapa sawit dan mereka ini berkemungkinan bekerja di estet-estet getah dan ladang kelapa sawit. Yang kedua selepas keturunan India, adalah dari kaum Cina yang mengerjakan kebun-kebun sayur. Kaum-kaum Melayu hanya nampak bila keretapi melintasi kawasan-kawasan kampung sahaja.

Selain dari itu, kerja-kerja pembinaan landasan ke-2 rancak dilakukan disepanjang landasan dari Butterworth hingga Ipoh. Dan dari Ipoh hingga KL sudah siap dan dah dilancar shuttle Ipoh-KL yang hanya dikatakan mengambil masa 2 jam perjalanan dan dipanggil ETS.

Ada beberapa stesen yang keretapi ni singgah untuk mengambil penumpang dan menurunkan penumpang. Apa yang dapat aku perhatikan, kebanyakan stesen-stesen keretapi dari Butterworth hingga sebelum Ipoh masih stail yang lama dan dari Ipoh hingga KL, stese-stesennya nampak moden.

Melintasi kawasan perkampungan...


 3:50 pm...berhenti di Stesen Bukit Mertajam...

 Melintasi ladang kelapa sawit...


 4:30 pm...berhenti di Stesen Parit Buntar...

 Kawasan sawah padi di Bagan Serai

 Melintasi Stesen Bagan Serai jam 4:45pm..

  Melintasi Stesen Bukit Merah...

 Menyeberang tasik di Bukit Merah..

 Adakah ini Gunung Ledang?...atau Gunung Tahan...tapi yang pasti inilah Banjaran Titiwangsa...

 Stesen Taiping yang masih dalam pembinaan semula..


 5:30 pm...berhenti di Stesen Taiping...

Dulu di Taiping terkenal dengan peniaga-peniaga yang berniaga nasi lemak dan kuih-muih di luar koc. Penumpang juga pakat berebut untuk membeli makanan sebelum keretapi start jalan. Tapi tu adalah kenangan lalu yang aku lalui dulu. Sekarang ni dah tiada. Taiping juga terkenal dengan Kuala Sepetang di mana terdapat mee udang yang lazat dan fresh.

 Melintasi Stesen Bukit Berapit...

Apa yang aku lihat, Stesen Bukit Berapit ni sudah tak digunakan lagi dan sudah ditinggalkan. Keadaan bangunannya pun sudah usang dan tak terurus. Mungkin sudah ada stesen baru yang menggantikan Stesen Bukit Berapit ni.

Berhenti di Stesen Kuala Kangsar jam 6:10pm...

 Melintasi kawasan berbukit bukau serta masuk ke dalam terowong...

 6:35 pm...berhenti di Stesen Sungai Siput...


 Keadaan Stesen Sungai Siput...

Sempat juga menikmati panorama-panorama petang yang tak dapat dilihat jika memandu mahupun menunggang.

Antaranya...




Kemudian kami sampai ke Stesen Ipoh dalam pukul 7:15 malam. Stesen Ipoh adalah salah satu stesen yang cantik selain dari Stesen Kuala Lumpur yang lama dan KL Sentral.



Keistimewaan menaiki keretapi ni berbanding bas dan kapal terbang adalah, kita bebas bergerak ke mana-mana sahaja dari koc ke koc. Juga bebas makan minum sama ada beli di koc kantin atau bekal yang dibawa. Selain itu, boleh hisap rokok bagi perokok kerana siap ada tempat hisap rokok dan ashtray sekali.


Akhirnya jam 10:46 malam, kami sampai di KL Sentral. Inilah kali pertama seumur hidup aku menjejakkan kaki aku di sini. Sangat luas sekali pada pandangan aku yang dari ulu ini.


Platform keretapi di KL Sentral terletak di tingkat bawah. Kami naik ke atas dan alhamdulillah, adik aku dah siap menanti di hadapan Stesen KL Sentral ini. Jadi kami terus bergerak ke Kota Damansara.

Sebelum tu kami singgah makan malam di kawasan gerai di Kota Damansara.


Kami makan nasi goreng, nasi putih dan daging masak kicap dan bihun tomyam serta minum teh 'o' ais, nescafe 'o' ais, sirap bandung dan milo yang semuanya berharga RM 18.50...

p/s: Alhamdulillah, bermacam-macam pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari perjalanan ini. Serta dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah Taala. Pengalaman yang tak dapat dibeli.

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

6 Muharram 1432 / 12 Disember 2010

2 ulasan:

  1. kalaulah kat malaysia ada keretapi laju,,kan best erk...

    BalasPadam
  2. walaupun ada keretapi laju, seronok lagi riding...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...