11 Disember 2010

ROUTE TO KLIMS 2010 @ BUTTERWORTH

Catatan Ayah

Selasa / 7 Disember 2010


Setelah sebulan merancang, 2 ~ 3 kali berulang ke Stesen Keretapi Arau dan macam-macam masam manis, akhirnya apa yang terancang, terlaksana juga. Alhamdulillah...

Perjalanan ini aku mulakan dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

4 keping tiket sudah diperolehi. Tren 11 Ekspres Sinaran Utara yang akan bertolak dari Butterworth ke KL Sentral jam 3:30 petang. Tiket yang aku dapat bagi Kelas 1 adalah berharga RM 67 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak.

Mengapa aku ambik tiket dari Butterworth? Mengapa tak naik dari Arau?..

Jawapannya, tiket dari Arau dah habis dan kalau dari Arau ke KL Sentral cuma ada sebelah malam sahaja, jadi apa yang aku dapat selain dari tidur...

Jadi pilihan yang ada, naik dari Butterworth, waktu siang baru seronok, dapat menikmati alam sekeliling, anak-anak pun seronok...

Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 10 pagi dengan menumpang kereta adik aku yang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur...

Alhamdulilllah, mujur dia balik kampung dan pulang semula ke KL hari ni. Kalau tidak, kena naik bas ler ke Butterworth...

Perjalanan kami dari rumah, terus menaiki Lebuhraya Kuala Perlis-Changloon...

Sempadan Kedah-Perlis...

Memandangkan hari ni cuti Awal Muharram, alhamdulillah jalan agak lenggang dan tak banyak kenderaan. Perjalanan juga menjadi lancar...


Sampai kat Alor Star, cuaca nampaknya agak gelap. Menandakan hari akan hujan, jika aku bawa motor seperti cadangan asal, mesti lencun jawabnya. Namun, jika itu yang ditakdirkan, akan aku teruskan juga. Namun takdir Allah menentukan yang aku naik kereta hari ni. Alhamdulillah..



Akhirnya, hujan turun dengan lebatnya. Setibanya kami di Gurun dan nampaknya, hujan akan mengiringi perjalanan kami...


Pemandangan indah Gunung Jerai...

Perjalanan diteruskan setelah berhenti sekejap di R&R Gurun dan akhirnya hujan berhenti semasa sampai Tol Sungai Dua. Kemudian kami keluar melalui susur keluar Permatang Pauh untuk menuju ke Butterworth, melalui kawasan Perindustrian Mak Mandin...


Agak lama dah aku tak melalui jalan ni. Rasa-rasanya akhir sekali aku lalu jalan ni semasa aku tinggal kat Sungai Petani dulu...

Kawasan Perindustrian Mak Mandin...

Perjalanan menuju ke Stesen Keretapi Butterworth hanya berpandukan papan tanda sahaja...


Akhirnya sampai juga kami ke Butterworth. Hampir-hampir tersesat juga tadi cuma sekarang perlu cari jalan ke Stesen Keretapi pulak...

Bangunan kedai lama yang masih terdapat sekitar Butterworth...

Tuju punya tuju, ikut papan tanda akhirnya sampai juga ke Stesen keretapi walaupun tersesat juga tadi...



Ramai yang bertanya, adakah aku  berkonvoi dan mengapa aku naik keretapi. jawapan aku hanya satu, berkonvoi tu bila-bila pun boleh. Cuma kali ni aku hendak berjalan dengan keluarga dan bagi anak-anak dan isteri merasa pengalaman menaiki keretapi...

p/s: mengantuk pulak, esok-esoklah sambung cerita lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

11 Disember 2010

2 ulasan:

  1. Saya harini pergi klims.. laa u dah balik barangkali..

    BalasPadam
  2. Ya...saya dah ke KLIMS pada hari khamis dan pulang ke Perlis malam ni...keretapi jam 9:15 malam...

    Semoga enjoy menikmati pameran...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...