04 Disember 2010

RONDA-RONDA KANGAR

Catatan Ayah

Jumaat / 3 November 2010


Malam-malam ni tak dak kerja...aku ambik keputusan untuk round-round Kangar...sekadar menjamu mata...

Dari rumah...aku pusing-pusing ikut Jalan Lintasan Kangar...melalui Dewan 2020, Dewan Budaya, Gua Sami....dan akhirnya Kompleks ADUN...dan berhenti sat ambik gambar Kompleks ADUN dalam suasana malam...


Kemudian teringat...yang harga minyak naik...rasa macam nak pusing-pusing tengok stesen minyak pulak...nak tengok sama ada orang ramai akan berpusu-pusu keluar isi minyak atau tidak...

Stesen minyak yang pertama aku tengok adalah Petronas Behor Temak...nampak gaya macam lengang sahaja...tidak macam satu ketika dulu...bersesak bila diumumkan harga minyak naik...


Dari Behor Temak...aku masuk dalam Bandar Kangar...melalui depan Hospital dan ikut Jalan Sekolah Derma...terus ke Jalan Kaki Bukit...

Suasana kat Stesen Petronas Jalan Kaki Bukit pun agak lengang sahaja...


Tetapi jika dilihat Stesen Shell Jalan Kaki Bukit...kenderaan agak banyak...


Tapi yang ramai orang adalah kat Shah Kitchen...ramai sungguh orang kat sini menjamu selera...aku pun lama dah tak lepak kat sini...

Kemudian aku pusing hingga ke Repoh dan balik melalui Taman Kemajuan...singgah sebentar kat kedai runcit Al-Dukhan....beli roti...

Kat sini, terlihat ramai orang berpusu-pusu memborong gula...kerana gula juga naik harga...

Dari sini...aku terus pulang ke rumah...

Kesimpulan yang aku boleh buat adalah...kebanyakan orang ramai dah jadi macam boring pasal harga minyak ni...tak dak apa yang boleh dibuat...terima sajalah...

Dan gula juga naik...yang tak bersangkut-paut dengan minyak...dan rasanya bukan setakat gula saja...selepas ni...banyak lagi barang yang akan naik harga berikutan kenaikan harga petrol dan diesel ni...kerana semua ni perlukan pengangkutan...

Tetapi yang jadi masalahnya...gaji masih ditokok lama...

Nampaknya...insflasi semakin meningkat...walaupun diwar-warkan yang kadar insflasi di Malaysia ni masih di tahap rendah...

p/s: walaupun berbuih mulut dok komplen...macam tu jugak...

27 Zulhijjah 1431 / 4 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...