27 Disember 2010

RIPPLE MATTRESS

Catatan Ayah

Isnin / 27 Disember 2010

Hari ni, aku nak kongsi info mengenai 'Ripple Mattress'.. 'Ripple Mattress' ni adalah sejenis alat yang mempunyai motor di dalamnya dan fungsinya memberi angin pada sesuatu tekanan yang kita nak..


Dari 'main unit' ni.. disambungkan ke 'mattress' yang mempunyai aluran-aluran angin di dalamnya. Apabila kita 'on'kan 'main unit'... maka angin akan keluar dan disalurkan ke dalam 'mattress' dan 'mattress' ni akan mengembung... macam tilam angin..


Alat ni digunakan di wad-wad setiap hospital... dan digunakan sebagai lapik pesakit yang tidur di atas tilam... jadi belakang pesakit akan kurang berpeluh sebab terdapat aliran angin di bawah badan dia... dengan kata lain... tak 'melenyaq'... seperti kata orang-orang utara..


Alat ni bagus jika digunakan kat rumah... terutama jika kat rumah kita ada orang-orang tua yang sakit tak boleh bangun... amat baik digunakan sebagai pelapik di atas tilam... lagi pun harga alat ni bukannya mahal pun...

Dan jika ada sesiapa yang nak tau lebih lanjut mengenai alat ni dan kot-kot teringin nak beli untuk digunakan kat rumah sendiri... boleh 'contact' aku untuk khidmat nasihat...

Sedang diuji semasa penyelenggaraan dibuat...

p/s: saja nak kongsi kot-kot ada sapa-sapa yang tak tau berkenaan peralatan 'bio-medical' ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Muharram 1432 / 27 Disember 2010

2 ulasan:

  1. as salam dimana saya nak dapatkan pam angin ini? sabab pam yg kami ada dah rosak tapi tilamnya masih elok. puas saya cari pembekalnya tapi tak jumpa, minta dapatlah kiranya irdinailham beritahu saya terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam bro,
    Saya ariff drpd kuala lumpur
    Berminat untuk beli jump shj .
    Ade tak?
    Berapa ringgit?

    0136724313

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...