23 Disember 2010

RIDE TO MEGA FORTUNE BM

Catatan Ayah

Khamis / 23 Disember 2010

Hari ni aku ambil cuti lagi sehingga 28 Disember 2010. Bukan apa, sebab nak habiskan balance cuti tahun 2010 ni. Kalau tak ambil, rugi sebab tak boleh carry forward ke tahun depan.

Dah terlanjur ambil cuti, roadtax ER6n pulak tamat 29 Disember 2010, jadi aku ambil keputusan untuk ke Mega Fortune Bukit Mertajam untuk renew roadtax. Bukannya tak boleh renew pakai telefon, cuma saja nak ride ke sana, gian nak ride jauh sikit. Lama dah rasanya tak ride jauh ni.

Jadi lepas sarapan nasi goreng pagi tadi, aku start perjalanan aku. Kali ni aku ikut Jalan Kangar-Alor Star. Bukan apa, selalu aku ikut Changloon, cuma kali ni ikut Jalan Kangar-Alor Star sebab nak singgah kat Public Mutual Alor Star.

Sebelum tu, sampai saja kat Ayer Hitam, aku singgah sekejap kat Pejabat Pos Ayer Hitam sebab nak poskan surat kepada Adik Syuhada. Mak suruh hantar bil klinik untuk adik claim.


Pejabat pos ni baru buka semasa aku sampai. La ni pejabat pos kecil macam ni pun dah berhawa dingin. Kalau dulu, pakai kipas saja. Itulah kemodenan.

Bersebelahan dengan pejabat pos ni, terletaknya Dataran Ayer Hitam. Aku tengok, sekarang ni sedang berlangsung Pesta Jualan Ayer Hitam dari 15 Disember 2010 hingga 14 Januari 2011. Macam karnival jualan hujung tahun la jugak. Mulanya nak singgah tengok, tapi banyak gerai yang tak buka lagi, jadi aku teruskan saja perjalanan aku. Mungkin sebab awal pagi kot.

Pagi-pagi ni, Jalan Kangar-Alor Star ni memang sesak. Berkemungkinan jalan ni jalan utama antara Kangar dan Alor Star, tu yang sesak dengan kenderaan tu. Dan sebab itulah, selalunya jika aku nak ke Alor Star naik kereta, aku akan ikut Jalan Kodiang-Jitra.


Alhamdulillah, walaupun mendung cuaca agak baik serta sejuk nyaman. Riding dalam keadaan cuaca macam ni memang best...sejuk dan nyaman.


Sampai Alor Star, aku terus ke Public Mutual. Tujuannya cuma nak proceed untuk tambah investment dalam Saham Amanah Public Mutual. Aku nak tambah investment dengan menggunakan duit simpanan KWSP. Selain tambah untuk akaun aku, buat sekali untuk Nadzi, Adik Syuhada dan new application untuk Aishah. Selain dari tu, ambil cek mak sekali sebab 2 minggu lepas dia keluarkan simpanan Unit Trust untuk masukkan ke dalam Tabung Haji. Waktu mak bawa keluar, dia untung dalam 30% hasil simpanan selama 2 1/2 tahun.

Selepas urusan kat Public Mutual, aku terus shoot ke Bukit Mertajam ikut lebuhraya. Banyak pulak kenderaan kat highway hari ni. Mungkin orang pakat balik kampung kot.

Sampai Gurun, tengok meter minyak dok blinking. Padan muka aku sebab tadi tak isi minyak siap-siap. Nasib baik sempat sampai R&R Gurun. Jadi singgah sekejap kat Shell R&R Gurun untuk isi minyak. Nah! full tank RM 23.35...


 Lepas rehat sat sambil minum air...air kosong jer...aku teruskan perjalanan. Cuaca baik, cuma semasa sampai kat Sungai Petani Utara, jalan agak basah sebab baru lepas hujan. Jalan basah sampai Bertam. Lepas tu baru kering balik. Jadi boleh laju sikit.

Sampai Seberang Jaya, cari pulak jalan ke Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam. Semalam dah study jalan kat Google Maps. Nak beli GPS, belum mampu. Akhirnya, jam 11:00 pagi aku sampai Mega Fortune Bukit Mertajam.

Mega Fortune Bukit Mertajam...kalau ikut pandangan pertama aku, kedainya agak kecil dan sempit jika dibandingkan dengan Mega Fortune Sungai Petani...malah Mega Fortune Sungai Petani nampak lebih grand...

Motor pun tak banyak sangat dan barang-barang accessories juga tak banyak berbanding Mega Fortune Sunagi Petani. Tapi tujuan sebenar aku bukan kat sini, aku nak ke Swoon-Lea iaitu salah satu cabang Mega Fortune. Nak renew roadtax...sebab geran masih kat Mega Fortune. Pi mai pi mai...terbang RM 300 buat bayar roadtax dan duit-duit service charge dan sebagainya..


Dalam 11:30..settle urusan. Jadi apa lagi....? Balik ler..tapi sebelum tu rasa dahaga pulak. Pusing-pusing Bandar Perda, tak dak pula kedai makan melayu yang buka. Kedai makan cina adalah. Dalam dok pusing-pusing, jumpa satu gerai milik melayu. Rasanya baru nak buka.


Minta air panas...katanya air tak jerang lagi. Jadi aku tanya, air apa yang ada. Yang ada cuma air tembikai kat dalam balang. Air tembikai....tembikailah...janji hilang dahaga. Sebelah gerai air ni ada gerai laksa. Kuah dia punya bau...perh..sedap. Tapi bila tanya...cuma bungkus sahaja...sebab tak dak pinggan...adiuh..melepas makan laksa..


Dalam pukul 12:00...aku gerak balik Perlis. Sampai Sungai Petani, perut rasa lapar pulak. Teringat nasi beriani kambing Aqeem kat Taman Peruda, Sengai Petani.

Apalagi...masuk ikut Tol Sungai Petani Utara...terus ke Taman Peruda. Alhamdulillah...lauk kambing ada lagi. Apalagi...pekena nasi beriani kambing dululah. Errkk..alhamdulillah. Dah habis makan...nak keluar tak boleh pulak sebab ada kereta block kat belakang. Dah la motor ni berat. Nampak gaya...lepak dululah sampai tuan punya kereta habis makan.

Dalam 1:30 petang baru boleh keluar. Alhamdulillah...apalagi, shoot balik, sebelum tu, bayar dulu...nasi beriani kambing dan nescafe ais...RM 7.50. Atas highway...kenderaan masih banyak. aku cuma maintain 140 ke 150 km/j saja. Saja... malas nak laju-laju. Sampai exchange ke Pendang...rasa mengantuk pulak. Dah kenyang nasi beriani kambing...mata pulak naik mengantuk....


Jadi berhenti relax sat kat tepi highway. Kebetulan...ada sebuah lori berhenti depan aku. Yang aku pulak dok tengok-tengok handphone aku...kot-kot ada miss call, sambil tu ambil ler gambar diri sendiri. Drebar lori tu dok tengok-tengok kat aku. Tah dia ingat aku dok ambil gambar depa kot. Aahhh...malas layan..jadi aku teruskan perjalanan. mata pun dah rasa segar sikit.

Kali ni aku shoot terus sampai Perlis, melalui Changloon. Kat depan nampak macam gelap nak hujan. Apalagi...aku bubuh sampai 170 km/j. Sampai Arau...minyak blinking pulak dah...


Rasa-rasa sempat sampai rumah. Tapi keluar kat Titi Chai, rasa-rasa baik isi minyak dulu..jadi aku belok ke Petronas Behor Gandin. Nah...lagi sekali full tank...RM 22.59...


Alhamdulillah...dalam pukul 2:44 petang aku sampai rumah. Jarak perjalanan aku kali ni sejauh 315.1 km...


p/s: mungkin ini long distance penutup 2010 aku. Plan untuk ke Cameron Highland dengan Che Ami pun tak jadi-jadi lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

17 Muharram 1432 / 23 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...