03 Disember 2010

QA TEST MOBILETT PLUS E

Catatan Ayah

Jumaat / 3 Disember 2010


Aku saja nak share info berkenaan dengan QA test ni...

Siemens Mobilett Plus E...salah satu mobile x-ray yang terdapat di HTF...

Terdapat 5 unit dari model ni di HTF...dan boleh dikatakan antara mobile x-ray yang lasak...dan terkenal dengan ketahanannya...jika dibandingkan dengan model-model yang lain...

Cuma yang membezakannya dengan model-model seangkatan dengannya adalah harga...harga Mobilett Plus E ni agak mahal jika dibandingkan dengan model-model seangkatan dari pengeluar yang lain...

QA test pula...perlu dilakukan untuk setiap unit x-ray sama ada mobile atau static...dan tertakluk kepada Akta 304...sebanyak sekali setiap tahun...jika tidak dibuat QA test...pemilik boleh dihukum penjara atau denda...serta tidak dibenarkan untuk menggunakan mesin x-raynya...dan cuma syarikat yang mempunyai lesen kelas H sahaja yang dibenarkan untuk melaksanakan QA test...

Ujian yang dilakukan juga mengikut MS 838....dan dikawal oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)...

Penguji atau orang yang menjalankan QA test pula perlu memiliki lesen RPO....yang dikeluarkan oleh LPTA...

 Ujian untuk ketepatan kV dan sebagainya dengan menggunakan kV meter...

Ujian untuk melihat ketepatan collimation ataupun bukaan sinaran x-ray berbanding dengan bukaan cahaya...

  Ujian untuk resolution...

 Ujian untuk contrast...

p/s: terima kasih kepada Shidah kerana membantu dalam kerja-kerja ujian kat JPD HTF tadi...

26 Zulhijjah 1431 / 3 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...