02 Disember 2010

OPG OP100D

Catatan Ayah

Khamis / 2 Disember 2010


Hari ni aku telah dijemput oleh BEMS Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk turut serta dalam user training Radiographic Units, Dental yang berlangsung di JPD HSB...



User training ni dikendalikan oleh C L Chua dari Amedix...

OPG ni dari keluaran Instrumentarium Corp., dan modelnya OP100D...


Seperti biasa...model ni sama dengan lain-lain model...boleh buat panoramic dan cephalometric...dan fully digital...tanpa perlu guna phosphor screen atau film cassette...

Model ni disambungkan terus ke DICOM...dan terus ke Laser Imager...

Ia mempunyai automatic setting untuk adult dan child...serta pemilihan bahagian gigi/rahang dan sinus...

Secara manual...user boleh ubah setting untuk kVp tetapi mA auto setting mengikut pilihan kVp...dan masa tidak boleh diubah...

Range kVp antara 70 kVp hingga 85 kVp...

Image akan dicapture di komputer...dianalisis dan boleh terus dicetak di printer...sama ada dalam bentuk filem atau disimpan dalam CD/pen-drive dan boleh dicetak atas kertas A4...

Selain dari aku dan Syaiful...turut serta dalam user training ni adalah juru x-ray JPD HSB dan Pegawai Sains JPD HSB...

Demontrasi buat OPG untuk pesakit biasa...

Demontrasi buat OPG untuk pesakit yang berkerusi roda dan tak mampu berdiri...serta cara buat OPG kanak-kanak sambil didukung oleh ibu atau bapa...

 Butang pemilihan sama ada panoramic atau cephalometric...

 Demontrasi buat cephalometric...

 Detail tube...

 Detail pengilang...

 Software yang digunakan...semua expose akan dibuat di sini...dan imej juga akan dianalisis di sini...dan dicetak terus di printer...

 Ikon untuk inform sistem supaya ready...sebelum buat exposure...

User training  berlangsung dari jam 11:00 pagi sehingga 3:00 petang...

Alhamdulillah...faham tentang cara-cara nak operate mesin ni...dan yang penting...untuk buat QA test...

Setelah selesai training...apalagi...balik ler...sebelum tu singgah minum dulu kat Kepala Batas, Jitra...


p/s: lepas ni...tunggu Amedix datang untuk buat demontrasi QA test pulak...

25 Zulhijjah 1431 / 2 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...