29 Disember 2010

MOBILETT PLUS ERR 17

Catatan Ayah

Rabu / 29 Disember 2010

Semasa aku cuti, sebuah mobile x-ray telah rosak dan katanya telah memaparkan error 17.

Jadi, hari ni aku telah ke JPD untuk buat troubleshooting. Ikut bersama aku... 2 orang practical student iaitu Fariha dan Syikin..

Mobile x-ray ni dari model Siemens Mobilett Plus dan rasanya telah dibeli oleh pihak HTF dalam tahun 1996 yang lalu.


Bila onkan mobile x-ray ni... selepas beberapa second.. display paparkan Err 17... Apa yang aku tahu, Err 17 ni disebabkan oleh capasitor bank yang lambat charge... Selalunya, jika perkara ni berlaku... hanya perlu offkan mesin dan onkan semula supaya capacitor bank dapat recharge kembali dan selalunya masalah ni akan settle.. Tapi masalah sekarang, error ni akan kembali walaupun selepas beberapa kali restart...

Perkara pertama yang aku check adalah S10 iaitu suis untuk discharge capacitor bank... kot-kot suis tu dalam keadaan on... yang sepatutnya dalam keadaan off... tapi nampaknya suis tu dalam keadaan yang sepatutnya...


Kemudian... aku check pula cabling connection K62 antara capacitor bank dan board D7... kot-kot ada loose connection... tapi semua connection OK...


Lepas tu... aku check pula fius U8 kat board D8... kot-kot putus.. yang mungkin disebabkan short-circuit kat board D8... tapi OK pulak...


Kemudian check pula fius U1 kat board D7... nampaknya fius tu OK.. apa lagi masalahnya ya... =(

Pening-pening...


HHaaaa... =) ..apa kata kalau check capacitor bank dalam service mode... check dia punya voltage.. mana tau kot-kot dapat hint sikit... jadi aku pun masuk service mode dan ke program P03 Capacitor Bank Test and Charging Voltage... selepas activate... nampaknya capacitor bank mampu charge hingga 350V walaupun sangkut sedikit dalam perjalanan untuk sampai ke 350V tu... kena 2~3 kali juga restart... tapi last sekali Err 17 naik dan kemudian Cal 17... nampak gayanya.. parah juga Mobilett ni... =(


Mau tak mau... nak kena confirmkan board D7... iaitu charger board... Jadi aku minta Syikin dan Fariha pi ambil lagi satu Mobilett Plus E kat wad untuk buat comparison... sementara depa pi ambik Mobilett Plus E tu... aku kena discharge dulu capacitor bank ni... bukan apa.. sebagai peringatan... 350V beb... :P


Untuk confirmkan yang capacitor bank dah habis discharge... kena check voltage kat CAPNEG dan CAPPOS kat board D7 ni...


Sementara tu... aku check LED V12, +5V dan +15V... nampaknya semua OK.. dan rasanya board D7 ni tak dak masalah... dan untuk confirmkan yang board ni OK atau tak... tu yang aku suruh Syikin dan Fariha pi ambik lagi satu Mobilett Plus E... untuk confirmkan board D7 ni...

Sampai saja depa ke JPD.. aku minta depa buka mesin yang dibawa dari wad tadi... dan buka board D7... manakala aku pula dismantle board D7 dari mesin yang bagi error ni dan pasang kat mesin yang dibawa dari wad tadi... test tengok... walla... kepompom... D7 ni tak rosak... =)


La ni... rasa-rasa kepompom capacitor bank ada masalah... tapi nak swap capacitor bank ni tak boleh... jadi aku ambik keputusan untuk buka order untuk capacitor bank yang baru...


Lagi pun.. capacitor bank ni dah lama... semenjak 1996... tak pernah tukar lagi... dah hampir 15 tahun...

Jadi.. nak kena tunggu capacitor bank baru... baru boleh sambung troubleshooting...

p/s: lagi pun semenjak banjir yang baru-baru ni.. mesin ni digunakan dengan begitu heavy sekali sebab general x-ray masih belum dibaiki sebab tenggelam semasa banjir lepas...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

23 Muharram 1432 / 29 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...