01 Disember 2010

LAMA DAH

Catatan Ayah

Rabu / 1 Disember 2010

Lama dah rupanya...dan dah tua rupanya aku ni....masuk tahun ni dah 12 tahun aku bekerja kat Healthtronics (M) Sdn Bhd ni...yang dulunya bernama SSP Medical Technologies Sdn Bhd...

Sebelum tu...aku bekerja di Sharp-Roxy Corporation (M) Sdn Bhd selama 5 tahun...selepas grad dari UTM pada tahun 1993...


Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memilih aku sebagai salah seorang yang menerima cenderamata ni...selain daripada Nadzari, Ah Tong dan kawan-kawan yang lain...

Selain dari cenderamata ni...dapat jam tangan...


Pasal jam tangan ni...dah hampir 5 tahun aku tak pakai jam ni...sebab dulu tangan aku pernah tercedera semasa dok troubleshooting AMX-4...kerana jam yang aku pakai dulu telah tersentuh body AMX-4...dan akibatnya telah berlaku short-circuit....dan berlaku spark...

Akibatnya...tangan aku telah tercedera terbakar...dan semenjak itu aku tak pernah pakai jam tangan...

Dah dapat jam ni...mula belajar balik pakai jam tangan ni...tapi rasa macam janggal pulak...

24 Zulhijjah 1431 / 1 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...