04 Disember 2010

KTM?

Catatan Ayah

Sabtu / 4 Disember 2010


Tadi...aku pi tengok senarai harga KTM....


.
.
.
.
.
.
.
.
OOpppppsss...maaf...bukan KTM Duke...tapi Keretapi Tanah Melayu...pi tengok jadual dan harga tiket...


Sebab aku rancang nak ke KLIMS 2010...nanti dengan menaiki keretapi...saja nak bawa anak bini merasa naik keretapi...

Jadi...tadi aku ke Stesen Keretapi Arau...


Info yang aku dapat adalah...keretapi dari Arau ke KL dan patah balik hanya waktu malam sahaja...keretapi dari Hatyai ke KL Sentral...naik kat Arau pukul 7:00 malam dan sampai dalam 5:30 pagi esoknya...dari KL Sentral naik pukul 9:00 malam dan sampai Arau lebih kurang pukul 8:30 pagi esoknya...

Perjalanan keretapi pulak tiap-tiap hari...

Harga tiket untuk tempat tidur 1st Class RM 54...dan kalau tempat duduk 2nd Class RM 23...

Suasana depan kaunter tiket...

 Gerai nasi dagang dan nasi kerabu...terkenal di Arau...bersebelahan stesen keretapi...

p/s: cuma nak komplen satu benda saja...penjaga kaunter tiket...macam malas saja nak layan ketika aku dok tanya tentang tiket dan jadual keretapi...tak mesra pelanggan...habis tu...macam mana nak tingkatkan perkhidmatan keretapi?

27 Zulhijjah 1431 / 4 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...