18 Disember 2010

KLIMS 2010 @ TOYOTA's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Selepas berpusing-pusing melihat kereta-kereta Hyundai, aku dan famili berlalu untuk ke booth Toyota dan Honda pula.

Dalam menuju ke booth Toyota dan Honda, kami melalui satu gerai makanan kat dalam PWTC ni.

MasyaAllah, mahalnya makanan dan minuman di sini.

Nasi goreng saja dah mencecah RM6 sepinggan.


Akhirnya, kami sampai ke booth Toyota dan kami mulakan penjelajahan kami di sini.

Toyota nampaknya membawa konsep hybrid.

Toyota juga mempamerkan kereta konsepnya iaitu Toyota FT-HS yang dipacu dengan menggunakan teknologi hybrid.




Toyota juga mempamerkan kereta hybrid kebanggaannya iaitu Toyota Prius. Toyota Prius ni dah lama keluar dan dipasarkan di Eropah cuma kebelakangan ni saja baru masuk dalam pasaran Malaysia.



Tak lupa 4x4 kebanggaan Toyota iaitu Hilux.



Serta Camry terbaru.



Toyota juga mempamerkan kereta "model"nya untuk tatapan umum...



Toyota juga mempamerkan barisan kereta-kereta mewahnya di bawah jenama Lexus.

Antara kereta-kereta di bawah jenama Lexus yang diperagakan adalah...

Lexus IS 250






SUV Lexus RX 450h yang menggunakan teknologi hybrid...


Lexus LS 600h L juga menggunakan teknologi hybrid...



Maka berakhirlah penjelajahan kami di Toyota. Sempat juga menyaksikan persembahan pentas yang dihidangkan oleh pihak Toyota dalam bentuk nyanyian dan tarian serta penerangan-penerangan berkaitan kereta-kereta keluaran Toyota dan teknologi hybridnya.

"Pemgalaman membentuk keperibadian..."

12 Muharram 1432 / 18 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...