14 Disember 2010

KLIMS 2010 @ PERODUA's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Selepas berehat seketika, aku dan famili teruskan penjelajahan kami di KLIMS 2010 ni. Kami terus ke booth Perodua yang terletak bertentangan dengan booth Proton.

Terletak di antara kedua-dua booth ini adalah booth Mutiara Motors. Mutiara Motors mempamerkan Nissan Skyline yang telah dimodifikasi dengan secukup rasa. Aku merasakan kos modifikasi mungkin melebihi RM 1 juta memandangkan harga standard Nissan Skyline ini pun dah mencecah RM 750,000...


Bersebelahan dengan Mutiara Motors, ada sebuah kereta Porche yang dipamerkan oleh sebuah syarikat yang mempromosikan wax...


Kini, kami sampai ke booth Perodua. Perodua juga mempamerkan kereta konsep yang dinamakan Bezza dan berbentuk agak futuristic.

Perodua juga mempamerkan kereta konsep yang menggunakan teknologi hybrid. Selain itu mempamerkan kereta Alza Infinite Concept dan kereta yang bakal dikeluarkan. Perodua juga mengadakan peraduan untuk menamakan kereta yang bakal keluar itu...

Inilah Perodua Bezza...







Perodua juga mempamerkan teknologi hybrid yang bakal digunakannya nanti...


Inilah kereta konsep Alza Infinite Concept yang dibuat khas untuk KLIMS 2010...



Apakah nama Perodua ni nanti dan bagaimanakah bentuknya? Sama-sama kita tunggu kemunculannya nanti...



Tak banyak model Perodua yang dipamerkan. Selesai berpusing-pusing sekitar booth ni, kami singgah sekejap di booth van keluaran Weststar Maxus. Weststar Maxus mempamerkan van yang telah diubahsuai menjadi ambulan dan pejabat bergerak...

 Ambulan

Pejabat bergerak

 Lepas ni kami perlu bergerak ke Hall 2 pulak...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

8 Muharram 1432 / 14 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...