15 Disember 2010

KLIMS 2010 @ KIA's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010

Kami teruskan lagi penjelejahan. Booth Kia tumpuan aku dan famili.

Kia membariskan kereta-kereta yang yang terkini yang terdiri daripada Sorento, Cadenza, Optima dan Forte Koup.

Gambar-gambar di bawah adalah Sorento yang terkini dari kategori SUV. Sorento ni adalah model terkini yang semuanya adalah design terkini dan bukannya facelift...





Kia Cadenza...aku belum pernah nampak lagi model ni atas jalan. Tak taulah jika model ni dah ada sekitar KL. Jika sekitar Perlis/Kedah, belum pernah jumpa lagi.

Kia Cadenza menggunakan enjin berkapasiti 3.5L V6 dari keluarga Lambda II. Nikmatilah gambirannya...




Kia juga menampilkan Optima serba baru. Boleh dikatakan semua rekabentuknya serba baru.

Optima mempunyai dua varian iaitu 2.0L CVVT dan 2.4L CVVT. Kedua-duanya menggunakan enjin dari keluarga Theta II. Enjin Theta II ini juga digunakan oleh Hyundai dan Mitsubishi serta Chrysler.



Lagi satu model yang belum pernah aku nampak di Malaysia adalah Forte Koup. Ia merupakan Forte dua pintu dan sporty.

Juga terdapat dua varian iaitu 1.6L DOHC CVVT dan 2.0L DOHC CVVT dan amat sesuai untuk eksekutif muda (pada pandangan aku la....)




p/s: rambang mata dok tengok kereta-kereta kat sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

9 Muharram 1432 / 15 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...