18 Disember 2010

KLIMS 2010 @ HONDA's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Akhirnya, sampailah kami ke booth yang terakhir dalam penjelajahan kami di KLIMS 2010 ini iaitu booth Honda.

Honda amat terkenal dengan tagnya...The Power of Dreams..

Honda juga turut mempamerkan kereta-kereta hybridnya serta kereta-kereta konsep. Menurut seorang staf Honda kat sini, kereta-kereta Freed Concept dan City Concept yang dipamerkan kat sini tak dijual dan hanya dibuat khas untuk pameran KLIMS 2010 ni sahaja.

Selain kereta konsep, Honda turut mempamerkan kereta hybrid terbarunya iaitu Honda Insight. Honda turut mempamerkan kereta sportnya seperti Honda CR-Z dan Honda Civic Type-R Euro.

Inilah Honda Freed Concept...



Honda City Concept...


Honda juga membuat promosi besar-besaran untuk Honda Insight yang baru dilancarkan baru-baru ni.

Honda Insight adalah salah satu kereta yang menggunakan teknologi hybrid selain daripada Honda Civic Hybrid.

Teknologi hybrid yang digunakan ke atas Honda Insight juga dipamerkan.



Inilah Honda Insight...




Honda CR-Z








Dan Honda Civic Type R Euro




Selepas melihat-lihat Honda Civic Type R Euro, maka berakhirlah penjelajahan kami di KLIMS 2010 ni.

Langkah pun diatur untuk pulang setelah berbagai-bagai pengalaman dan ilmu diambil sepanjang penjelajahan ini.

p/s: InsyaAllah, jika ada rezeki dan umur panjang, tahun-tahun ke depan ni boleh datang lagi jika diadakan lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

12 Muharram 1432 / 18 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...